Ekonomi dan Keusahawanan

Di Kampung Parit Haji Idris serta kampung sekelilingnya mempunyai ramai usahawan. Di antara usahawan yang terdapat di Kampung Parit Haji Idris adalah :

1) HISHAM BIN WAGIMIN (PERUSAHAAN INAP DESA, BONDA HOMESTAY)

 

http://www.celcom1cbc.com/parit-hj-idris/blog/2015/08/usahawan-1-hisham-bin-wagimin-perusahaan-inap-desa-bonda-homestay

Diusahakan oleh En. Hisham Bin Wagimin . memulakan perusahaan Inap Desa ini pada tahun 2013. Pada asalnya rumah yang dijadikan Inap Desa ini adalah rumah keluarga yang didiami oleh ibu En Hisham. Setelah ibunya meninggal dunia , maka tiada lagi yang duduk di rumah tersebut. Setelah dibincangkan bersama keluarga , mereka tidak mahu rumah tersebut dirobohkan maka timbullah idea untuk menjadikan rumah tersebut Inap Desa.

En Hisham pula tinggal di belakang Inap Desa ini. Beliau tinggal bersama isteri dan 3 orang anaknya. Untuk Inap Desa ini,En Hisham tidak mengubah struktur rumah tersebut , hanya menambah baik dari segi warna , kebersihan, dan segala keperluan untuk disewakan. Antara tarikan lain ialah inap desa ini mempunyai internet percuma yang diterima daripada kemudahan Pusat Internet 1 Malaysia kampung ini. Di hadapan Inap Desa ini , dibina 2 buah tiang gol untuk permainan street soccer dan futsal. Tiang gol ini sengaja dibina En, Hisham untuk riadah anak-anaknya. Kawasan seakan padang bola ini akan dijadikan tempat untuk bersukan dan beriadah oleh En.Hisham sekeluarga. Tetapi kemudahan ini juga boleh digunakan untuk pelanggan yang menginap di Inap Desa ini.

Sambutan yang diterima juga amat memberansangkan apabila Inap Desa juga dijadikan rumah persinggahan untuk pengantin dan tujuan lain. Permintaan untuk menyewa juga meningkat dari tahun ke tahun. Kepada sesiapa yang ingin menginap di Inap Desa ini boleh terus hubungi En. Hisham di talian 019-6555837 atau 019-6645106.


2) MAHMOD BIN MIAN (PERUSAHAAN TEMPE, JAMMAH ENTERPRISE)

 

http://www.celcom1cbc.com/parit-hj-idris/blog/2015/09/usahawan-2--mahmod-bin-mian-perusahaan-tempe-jammah-enterprise

Jammah Enterprise ini mengusahakan pembuatan tempe serta mengedar di kawasan sekitar. Nama Jammah ini  adalah gabungan nama pemilik dan juga nama isteri pemilik perusahaan ini. Nama isteri kepada pemilik ialah Jamaliah dan pemilik ialah Mahmod. Pada mulanya En Mahmod memulakan perusahaan ini dengan memulakan secara kecil kecilan yang mana membuat tempe di dalam rumah. Apabila permintaan tempenya meningkat ,En Mahmod memohon bantuan peralatan serta kelengkapan untuk memudahkan beliau serta isteri membuat tempe dengan kuatiti yang banyak.

Antara tempat-tempat yang menjual tempe En. Mahmud ialah pasar tani Bukit Gambir, pasar awam Bukit Gambir, kedai-kedai runcit sekitar Bukit Gambir dan lain - lain lagi. Bagi pelanggan yang duduk di kampung sekitar kampung ini, mereka mudah membeli dengan hanya datang ke tempat pemprosesan pada bila-bila masa dan sudah pasti harganya lebih murah.

Kini En Mahmod sudah membina tempat memproses tempenya sendiri iaitu di hadapan rumahnya. Pekerjanya pula adalah dikalangan penduduk Kampung Parit Haji Idris. En Mahmod percaya kepada usaha tangga kejayaan yang mana beliau sudah membuktikan bahawa kita perlu rajin berusaha untuk mengejar kejayaan. Selain pekerja En. Mahmod juga dibantu oleh anaknya yang kadang kala menghantar tempahan tempe di tempat yang sudah ditentukan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan tempe, anda boleh lakukan terus di tempat pemprosesan tempe iaitu di 37 Kampung Parit Haji Idris atau telefon di talian En. Mahmod ,017-4568932.


3) SALIHAN BIN KAMARI (PERUSAHAAN SIMEN AFERO)

 

http://www.celcom1cbc.com/parit-hj-idris/blog/2015/09/usahawan-3-salihan-bin-kamari-perusahaan-simen-afero

Perusahaan simen afero ini dimiliki oleh Salihan Bin Kamari. Pada mulanya, En Salihan hanya mengikut rakan iaitu Cikgu Khudairi membuat batu nama di sekolah. Batu nama itu diukir cantik seakan-akan sebatang pokok. Selepas itu pihak ketua kampung pula meminta dia dan rakannya itu membuat batu nama untuk seluruh penduduk Kampung Parit Haji Idris. Semua proses pembuatan batu nama ini dibuat di rumahnya dan dibantu oleh rakannya. Selepas siap proses mengukir dan mengecat, Batu nama itu perlu di letakkan di hadapan laman setiap rumah.

Permintaan batu afero tidak berhenti di situ sahaja. Beberapa tahun kemudian En Salihan diminta oleh ketua kampung sekali lagi untuk membuat tiang lampu untuk diletakkan di bahu jalan. Lampu ini akan menggantikan tiang kayu yang dipasang sempena hari raya aidilfitri. Proses ini memakan masa 3 bulan yang mana kampung ini mempunyai kepanjangan jalan sejauh 4 kilometer. Menyiapkan keseluruhan tiang ini, En Salihan dibantu oleh 2 orang rakannya dan anaknya iaitu Firdaus yang bertanggungjawab tentang pendawaian eletrik ke tiang lampu .

En Salihan sangat serius dengan apa yang dibuat . Kini En Salihan membuat pelbagai barangan yang mana semuanya hasil ukiran simen afero. Sebagai contoh meja, kerusi, peti pos dan kolam ikan. Sebagai satu tarikan dan kelainan ,En Salihan juga telah mengukir dinding rumahnya dengan simen afero ini. Apabila dilihat seolah-olah dinding itu dibuat daripada kayu. Sebarang pertanyaan boleh terus berjumpa kepada En Salihan di alamat No 47, Kampung Parit Haji Idris.


4) SITI AKILA ENTERPRISE  (PERUSAHAAN MAKANAN SEJUK BEKU DAN ROTI)

Syarikat Akila pada mulanya diperusahakan secara kecil-kecilan oleh En.Abdul Halim sekeluarga di rumah pada tahun 2005. Pada masa itu hanya beberapa produk sejuk beku sahaja yang dikeluarkan termasuk karipap dan donat. Selepas permintaan yang berterusan dari pihak pelanggan,En.Abdul Halim telah memohon bantuan bangunan dan mesin memproses dari pihak Risda dan Jabatan Pertanian. Bantuan yang diluluskan telah memberi peluang kepada En.Halim untuk menambah lagi produk sehingga mencecah lebih 20 produk selama 5 tahun.

Mempunyai pekerja yang bertenaga mahir untuk mengendalikan kerja-kerja memproses dan mengambil pelajar praktikal dari Kolej Komuniti terdekat yang menceburi bidang pembolehpasaran. Produk-produk ini dipasarkan di sekolah-sekolah berdekatan dan juga di kedai roti sekitar daerah Muar dan Ledang . Perniagaan En.Halim yang mempunyai pengalaman selama 5 tahun telah melayakkan beliau untuk mengambil pelajar praktikal dalam bidang pembolehpasaran di mana pelajar-pelajar ini diberi kursus selama 3 bulan dalam mempelajari semua tentang perniagaan dan pemasaran.


5. Puan Aminah Binti Sopikan ( Pengusaha Kedai Kek Dan Kerepek )

https://www.celcom1cbc.com/parit-hj-idris/blog/2016/12/kisah-kejayaan--puan-aminah-binti-sopikan--pengusaha-kedai-kek-dan-kerepek-

    Puan Aminah binti Sopikan merupakan antara salah seorang usahawan wanita yang terkenal di Bukit Gambir ini. Perniagaan yang beliau ceburi adalah dalam bidang makanan iaitu kuih basah, kek, kerepek dan biskut. Beliau yang sudah berumur 49 tahun sudah menjalani perniagaan ini hampir 15 tahun yang lalu. Pada awal perniagaan, beliau hanya tertumpu kepada penghasilan kuih-kuih basah seperti kuih bakar dan kuih dangai@rengit. Beliau belajarnya daripada ibu mertuanya yang mahir dalam membuat kuih basah seperti itu. Kemudiannya, beliau bersama-sama dengan suaminya menjualnya di tepi-tepi jalan dengan berbekalkan khemah kecil, meja dan kerusi. Pada masa itu, beliau langsung tidak mengetahui tentang penggunaan ICT dan impak yang bakal terhasil daripadanya.

    Setelah beberapa tahun, beliau ingin membuat penambaikan kepada produk yang dihasilkan. Beliau telah belajar cara-cara untuk membuat kek, kerepek dan biskut bagi meningkatkan lagi hasil jualannya. Berbekalkan semangat juang yang tinggi dan ingin maju dalam perniagaan, beliau telah memohon untuk menyewa sebuah kedai bagi mengembangkan lagi perniagaannya. Kedai yang disewanya terletak di Pasar Tani Bukit Gambir. Namun begitu, beliau masih belum didedahkan tentang kuasa media sosial. Beliau hanya mempromosikan produk beliau di kalangan rakan-rakan dan pelanggannya sahaja. Tempahan yang diterimanya juga mempunyai had yang maksimum kerana kekurangan peralatan untuk menghasilkan produk yang maksimum.

    Selepas beliau didedahkan tentang kuasa media sosial, tempahan yang diterima oleh beliau mengalami peningkatan yang memberangsangkan. Beliau juga terpaksa mengupah pekerja bagi membantunya di kedai. Selain daripada menerima tempahan daripada masyarakat sekeliling, beliau juga menerima tempahan daripada pelanggan-pelanggan yang berada di luar kawasan. Tempahan yang sering diterima oleh beliau adalah kuih dangai, kuih bakar, muffin, bahulu dan kek cawan. Tidak lupa juga kek marble dan kek oreo coklat juga menjadi pilihan pelanggan setianya. Beliau juga sering menaik muat produk-produknya di facebook bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan mereka.


6.  Puan Rosmawati Binti Hussin (Rosma Kraf Enterprise)

https://www.celcom1cbc.com/parit-hj-idris/blog/2016/07/kisah-kejayaan--puan-rosmawati-binti-hussin--rosma-kraf-enterprise-

    Produk yang diusahakan oleh Puan Rosmawati binti Hussin ini merupakan produk yang jarang –jarang sekali diceburi oleh kebanyakan usahawan iaitu kraftangan dan jahitan. Produk yang berada di bawah naungan Rosma Kraf Enterprise ini menjual pelbagai jenis kraftangan yang berasaskan daripada fabrik dan jahitan. Puan Rosmawati memulakan perniagaan kraftangan dan jahitan ini sejak tahun 2009. Beliau telah mendaftarkan perniagaan ini di SSM Muar dengan nombor pendaftaran JR 0004711-H.

   Pada permulaan perniagaannya, Puan Rosmawati hanya berjual kecil-kecilan di antara kawan-kawan dan juga penduduk setempat. Beliau juga sering kali mengikuti majlis-majlis atau program-program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti Majlis Daerah Tangkak, pameran-pameran dan sebagainya bagi meluaskan lagi pemasaran produknya agar dapat dikenali oleh orang ramai. Antara produk yang mendapat sambutan hangat daripada para pembeli adalah sarung bantal, sarung cadar yang terdiri daripada set bujang dan set pelamin, apron, alas peti sejuk dan pemegang peti ais. Selain itu, terdapat juga produk-produk lain seperti sarung bakul sampah, sarung bantal kusyen, bekas tisu, sarung kerusi, sarung tudung saji pelbagai saiz, tempat letak surat, alas cawan, alas meja dan sarung mesin basuh. Kesemua produk ini menggunakan kain cotton yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan tenaga manusia (homemade). Oleh itu, kualiti produk ini adalah lagi baik berbanding dengan produk yang lain. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan lebih murah jika hendak dibandingkan dengan produk-produk yang dijual di tempat lain.

   Puan Rosmawati mendapat tapak untuk berniaga pada pertama kalinya adalah di Pasar Tani Bukit Gambir di bawah program Pasar Tani Mingguan di mana berniaga pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Setelah bertapak lebih kurang dalam 6 enam tahun di situ, beliau memohon untuk berniaga secara kekal di situ di bawah program Pasar Tani Kekal. Hal ini di mana beliau sudah mempunyai tapak untuk berniaga secara harian. Puan Rosmawati juga sudah mempunyai sebuah kiosk yang dinamakan di bawah beliau di mana pada setiap bulan, beliau akan membayar sewa pada pihak FAMA itu sendiri sebanyak RM15O.

   Setelah berkecimpung selama beberapa tahun dalam perniagaan ini, Puan Rosmawati memutuskan untuk meminta bantuan daripada pihak tertentu. Hal ini kerana permintaan daripada para pelanggan begitu memberansangkan dan meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2013, beliau telah meminta bantuan daripada pihak RISDA sebanyak RM10, 000 di mana bantuan tersebut bukanlah secara tunai. Puan Rosmawati telah meminta 4 unit mesin jahit yang canggih dan serba moden. Dengan bantuan yang diterima, penghasilan produk-produk Puan Rosmawati semakin meningkat dan penambahan pekerja juga berlaku. Setakat ini, Puan Rosmawati mempunyai 5 orang pekerja yang semuanya terdiri daripada surirumah sepenuh masa dan tidak mustahil ianya akan bertambah pada masa akan datang.




© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.