Kemudahan Awam

KEMUDAHAN ASAS

Kemudahan yang paling penting seperti jalan raya berturap, bekalan air dan elektrik disalurkan dengan cukup kepada seluruh penduduk. Antara kemudahan lain adalah masjid, tabika, surau dan balai raya yang dibina di dalam kawasan kampung untuk kegunaan penduduk setempat. Pada tahun 2010, Kampung Parit Haji Idris telah terpilih untuk penempatan Pusat Internet 1 Malaysia( dahulunya di kenali sebagai Pusat Jalur Lebar dan Komuniti) yang terletak di Balai Raya.

Dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia, dapat merapatkan jurang ICT di kampung-kampung.

PI1M menyediakan perkhidmatan menggunakan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan mengakses Internet dan juga menyediakan latihan ICT. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan ‘Kampung Tanpa Wayar (WiFi) untuk memudahkan penduduk mengakses internet di rumah sahaja.

Penduduk juga saling bekerjasama menjaga dan memelihara kemudahan yang disediakan kepada mereka. Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berperanan memastikan kemudahan yang terdapat di kampung ini berada di dalam keadaan baik dan akan sentiasa berusaha menambahkan lagi kemudahan infrastruktur demi kepentingan penduduk.

Pada awal tahun 2014, Bukit Gambir telah mempunyai plaza tol yang telah siap dibina pada pertengahan bulan Januari tahun ini untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol Tangkak dan plaza tol Pagoh.

Kini di sekitar kampung ada kemudahan perbankan disediakan oleh CIMB Bank ,Argo Bank, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional.

Kemudahan Awam yang lain yang ada disekitar Kampung Parit Hj Idris Seperti Balai Polis Bukit Gambir , Balai Bomba Bukit Gambir , Klinik Kesihatan Bukit Gambir dan Gelanggang Futsal 1 Malaysia.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.