Pelancongan & Rekreasi

Air Terjun Gunung Ledang , Sagil 


Bagi mereka yang sangat meminati air terjun dan suka melihat keindahan alam semulajadi, jangan lepaskan peluang untuk ke Air Terjun Gunung Ledang. Kawasan ini sangat popular di jadikan lokasi percutian bersama keluarga di samping itu tempat ini sering menjadi pilihan sekolah, badan kerajaan, kolej sebagai lokasi kursus dan motivasi. 

Lokasi

Air Terjun Gunung Ledang ini terletak di dalam kawasan Sagil dan tidak jauh dari pekan Bukit Gambir, Johor. 

Harga Tiket

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM1.00 untuk dewasa dan RM0.50 sen untuk kanak-kanak. Untuk bayaran tempat letak kereta hanya RM2.00 sahaja.

Aktiviti menarik di Air Terjun Gunung Ledang

Ini antara aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan seperti:

1) Membuat perkhemahan

2)Aktiviti Jungle Trekking

3) Boleh dijadikan lokasi untuk motivasi pelajar, pekerja

4) Bermandi manda

Tetapi harus di ingatkan semua aktiviti yang ingin dilakukan haruslah mendapat kebenaran dari pihak Resort Gunung Ledang.

Kemudahan

Pihak resort juga telah menyediakan beberapa kemudahan untuk keselesaan pengunjung-pengunjung. Antaranya adalah tanda dan bilik persalinan untuk menukar pakaian. Selain itu, terdapat surau yang berdekatan dengan kawasan Air Terjun Gunung Ledang.

Penginapan

Jika pengunjung bercadang untuk bermalam disini, pengunjung boleh menginap di Gunung Ledang Resort. 



Ladang Herba & Rempah Ratus Nasuha Pagoh

Ladang Herba  Dan Rempah Ratus Nasuha merupakan ladang yang terbesar di Asia Tenggara dan Asia yang dirintis oleh Encik Nasuha Kasian.Senang sahaja kalau hendak kesini.Keluar Tol Pagoh , bayar tol selepas itu belok ke kiri dan terus.Perhatikan sebelah kiri , lebih kurang 3 km dan sudah sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Lokasi

Ladang Herba Dan Rempah Ratus Nasuha terletak di dalam kawasan Pagoh dan tidak jauh dari pekan Bukit Gambir Johor.

Harga Tiket

Bagi dewasa dan kanak-kanak dikenakan harga rm10 sahaja

Aktiviti-Aktiviti yang menarik di Ladang Nasuha Dan Rempah Ratus

Diantara aktiviti-aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan seperti :-

1) Melawat kawasan ladang

2) Melawat Kilang pemprosesan herba

3) Membuat aktiviti perkhemahan

4) Boleh dijadikan kem motivasi pelajar dan pekerja

Kemudahan

Pihak Ladang Nasuha Dan Rempah Ratus telah menyediakan beberapa kemudahan diantara kemudahan chalet , asrama , kabin yang diperbuat daripada kayu , dewan utama , tempat seminar , kawasan perkhemahan , tasik buatan , Kem Khidmat Negara , restoran herba , rawatan herba dan latihan rekreasi.

Website

http://www.nasuhaherbsparadise.com

Penginapan

Pihak Ladang Nasuha juga menyediakan tempat penginapan yang terbaik dan kualiti tersendiri.Penginapan yang dinamakan NASUHA RESORT telah menjadi tempat yang menjadi Pilihan DYMM Sultan Johor.


Kolam Air Panas Sungai Gersik Muar

Kolam Air Panas Sungai Gersik atau Sungai Resik atau hanya Gersik terletak di Sri Menanti , Sungai Balang , sekitar 30 km dari Bukit Gambir.Kolam Air Panas Sungai Gersik telah dibuka oleh peneroka- peneroka bangsa jawa yang telah berhijrah dari Jawa , Indonesia.Resik dalam bahasa jawa bermaksud "bersih".Namun ejaan rasminya kini aialah Gersik untuk mengelakkan kekeliruan hasil dari persamaan nama tempat Grisek di Bukit Gambir , Ledang , Tangkak.


Lokasi

Kolam Air Panas Sungai Gersik terletak di Kampung Sungai Gersik , Sungai Balang , Muar.


Harga Tiket & Waktu Perkhidmatan

Masuk adalah percuma bagi semua pengunjung dan dibuka dari 7.00 pagi hingga 7.00 petang.


Keistimewaan Kolam Air Sungai Gersik

Satu keistimewaan yang terdapat di Kampung Sungai Gersik ialah Kolam Air Panas Sungai Gersik.Mata air panas merupakan tarikan semula jadi bagi pelancong tempatan dan asing.Kolam air panas yang mempunyai air panas yang bersuhu sekitar 50 hingga 70 darjah Celsius , telah ditemui lebih 100 tahun yang lepas di kawasan yang gersang dan dipercayai mempunyai kuasa mujarab penyembuhan kerana kandungan sulfur di dalamnya yang tinggi.


Kemudahan

Kemudahan yang ada di dalam kawasan kolam air panas ini mempunyai sebuah chalet , kemudahan awam seperti tandas , bilik mandi dan kemudahan tempat letak kenderaan , surau , tapak permainan kanak-kanak serta beberapa kedai.


Kepercayaan Dan Mitos

Kolam Sungai Air Panas Gersik ini yang mempunyai misteri dan kepercayaan yang ganjil dan pelik yang menarik bagi ramai tetapi ianya kekal sebagai pantang- larangan bagi penduduk kampung.Beberapa versi cerita-cerita seperti :-

  • Cerita Embah Sampudin Salleh :- Menurut salah seorang pemastautin tertua disini , Tuan Haji Ismat.Kolam air panas ini adalah ditemui oleh Embah Sampudin Sallleh (yang asal usulnya tidak diketahui) pada 1912.Beliau mendakwa roh Embah Salleh Sampudin masih sering menjelma di dalam mimpinya menjanjikan banyak ganjaran , seperti satu cemeti "NOGOSARI" berusia 600 tahun yang diperbuat daripada 600 gm tembaga tulen yang mempunyai lambang alat kebesaran diraja kerajaan Siam iaitu MAJAPAHIT.
  • Cerita Tuan Hj Abd Rahman Bin Hj Harshad :-Menceritakan kolam air panas telah ditemui oleh Taun Hj Abd Rahman Bin Hj Harshad atau dikenali sebagai nama Hj Abd Rahman Getu.Satu hari , beliau masuk ke dalam hutan untuk mencari kayu dan rotan untuk membuat pondoknya , apabila petang beliau menyedari sebuah kolam berukuran sekitar 10 kaki , dikelilingi lembah berlumpur dan mengeluarkan air panas berasap.Beliau merasa seram dan takut terus bergerak balik tempat hasil hutan kutipannya.Beliau memberi tahu penduduk kampung penemuannya tetapi kolam air panas itu gagal dijumpai sehinggalah tiga bulan kemudian apabila beliau dan rakannya  iaitu Rajikan.Rajikan masuk ke hutan untuk mencari kayu dan rotan dan telah membuka jalan dengan menandakan pokok kayu sepanjang jalan masuk ke hutan.
  • Cerita Manon Bin Hj Hassan :-Semasa zamn penjajahan jepun , seorang penduduk , Manon Bin Hj Hassan , semasa mengadakan majlis "MARHABAN" dan sembahyang sunat satu malam , kolam air panas di hadapan rumahnya tiba-tiba menggelegak dan berasap dan keadaan menjadi riuh dan terang-benderang.
  • Cerita penemuan misteri:-Terdapat beberapa cerita mengenai penduduk kampung yang menemui seekor ular yang besar dan panjang sehingga ukuran 30 m dan besar pokok kelapa bergantungan diatas pokok sekitar kolam.Seorang penduduk , Palil Bin Abd Rahman , pula melihat ular yang amat besar yang tidak dapat dilihat hujung pangkal kepala dan ekornya.Ada yang mendakwa mereka berjumpa dengan lelaki tua yang muncul dan ghaib secara tiba-tiba.Kebanyakkan kejadian berlaku pada masa maghrib dan malam.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.