KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q2 2022: SITI NURSYAFINA BINTI SA’IN

22 June 2022 | Berita Terkini

 KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q2 2022: SITI NURSYAFINA BINTI SA’IN

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q2 2022: SITI NURSYAFINA BINTI SA’IN

Nama:                                                  Siti Nursyafina Binti Sa’in

Perniagaan:                                          Sarapan Pagi, Menjual Wangi-Wangian

No Tel/Whatsapp:                                013-3583692

 

Cik Siti Nursyafina Bin Sa’in yang berusia 28 tahun ini menjalankan perniagaan sarapan pagi dan menjual pelbagai wangian. Beliau merupakan cucu kepada peneroka Felda Pasir Besar. Cik Nursyafina lebih selasa dikenali sebagai Fina atau Siti oleh penduduk setempat. Beliau mula menjalankan perniagaan sejak tahun 2018 lagi. Antara menu sarapan pagi yang paling popular ialah nasi kerabu ayam dan nasi kerabu daging. Manakala wangi-wangian yang dijual oleh beliau ialah minyak wangi wanita, wangian kereta, hand sanitizer dan pelbagai lagi. Cik Fina juga ada menyediakan COD atau Cash of Delivery kepada pelanggan dan mengenakan cas mengikut kawasan dan juga pengeposan.      

Cik Fina menjalankan perniagaan makanan dan wangian dirumah dan menggunakan platform utamanya iaitu media sosial untuk mengiklan kan produk jualannya. Beliau lebih gemar menggunakan whatsapp sebagai medium untuk mempromosikan jualannya. Disebabkan usaha beliau yang tidak berputus asa mengiklan kan perniagaan nya, beliau mampu bertahan selama 4 tahun. Walaupun ada sedikit cabaran semasa pandemik baru-baru ini, tetapi beliau tidak berputus asa. Beliau rajin berhubung dengan staff Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Pasir Besar berkaitan cara untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Oleh itu, staff PEDi menyarankan Cik Fina untuk datang ke PEDi menyertai program dan latihan usahawan. Bukan itu sahaja, Cik Fina juga rajin menyertai program masakan dibawah anjuran KEMAS.

Selepas Cik Fina menyertai program di PEDi Felda Pasir Besar, banyak manfaat yang diperolehi. Sebagai contoh, beliau dapat menggunakan whatsapp biasa kepada whatsapp business. Dengan itu, perniagaan beliau dapat berkembang kerana pelanggan boleh melihat produk yang dijual Cik Fina melalui catalog yang ada di whatsapp business. Maka dengan itu, dapat memudahkan dan menjimat lagi masa Cik Fina. Cik Fina mengakui bahawa PEDi Felda Pasir Besar banyak membantu nya dalam mengembangkan perniagaan kerana PEDi melengkapi kekurangan komuniti disini terutama sekali dalam bidang ICT. Bukan itu sahaja, dengan tertubuhnya PEDi ini, dapat membantu usahawan memasarkan produk bukan sahaja penduduk di Felda Pasir Besar, malah penduduk di negeri lain juga.

 

Akhir sekali, kami warga PEDi Felda Pasir Besar akan sentiasa membantu komuniti setempat dan berkongsi ilmu pengetahuan yang ada lebih-lebih lagi dalam bidang ICT. Di zaman yang moden ini, ICT merupakan platform utama, bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam pelbagai aspek lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan yang semakin lama semakin tinggi permintaan dari segi atas talian.