KISAH CELIK IT Q2: MUHAMMAD SYAZRUR IRFAN BIN SHAFIE

22 June 2022 | Berita Terkini

Nama: Muhammad Syazrur Irfan Bin Shafie

Umur: 15 Tahun

Tahun menjadi ahli: 2015

Pusat Ekonomi Digital: Felda Pasir Besar

Reka Bentuk Pembelajaran ICT: Membuat Slide Di Microsoft Power Point

 

LATAR BELAKANG PELAJAR ICT

Muhammad Syazrur Irfan Bin Shafiee, dimana beliau selesa dipanggil “Irfan” merupakan salah seorang ahli aktif di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Pasir Besar. Pada tahun ini, beliau baru sahaja mencapai umur 15 tahun dan bukan itu sahaja, beliau juga sering menjalankan aktiviti digital dan akademik bersama pihak PEDi Felda Pasir Besar.

Adik Irfan yang baru berusia 15 tahun ini merupakan anak ke 5 daripada 6 orang adik beradik. Bapanya bekerja sebagai buruh kilang papan manakala ibu nya seorang suri rumah. Adik Irfan merupakan cucu kepada penoroka Felda Pasir Besar dan sudah lama menetap di Felda ini. Untuk pengetahuan, adik Irfan mula aktif bersama PEDi Felda Pasir Besar sejak beliau dibangku sekolah rendah lagi dimana sebelum ini nama PEDi adalah Pusat Internet 1 Malaysia. Selain itu, adik Irfan pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasir Besar sehingga beliau tamat UPSR. Berkat usaha adik Irfan, beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringakat menengah di sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah.

Adik Irfan merupakan seorang yang rajin berkunjung ke PEDi Felda Pasir Besar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya. Setiap kali beliau cuti dan pulang ke kampung, semestinya beliau akan datang ke PEDi ini. Beliau sering menggunakan komputer disini untuk menyiapkan tugasan seperti quiz online, poster, membuat slide untuk presentation dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja, adik Irfan juga menggunakan platform Google Meet dan pelbagai platform online untuk berinteraksi dengan gurunya. Hal ini kerana, capaian internet di PEDi ini jauh lebih baik berbanding di rumah. Maka dengan itu, adik Irfan kerap datang ke PEDi untuk melaksanakan tugas yang diberikan.

Disebabkan oleh sikap adik Irfan yang rajin berkunjung ke PEDi ini, beliau juga telah memperkenalkan dan mengajak rakan-rakanya berkunjung disini. Jika berkesempatan atau waktu cuti sekolah, beliau dan rakan-rakanya akan ke PEDi dan menyertai program-program yang dianjurkan di PEDi Felda Pasir Besar. Kebanyakkan remaja seusia adik Irfan berkunjung ke sini kerana masalah capaian internet yang kurang meluas di kediaman mereka. Adik Irfan sering mendapat pujian daripada gurunya kerana kekemasan pada slide yang dibuat oleh nya. Beliau mengakui dengan adanya PEDi banyak membantu nya bukan sahaja dari segi capaian internet tetapi dalam pelajaran juga.

Oleh itu, kami selaku pihak PEDi Felda Pasir Besar amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan adik Irfan kesini. Dengan adanya PEDi ini, adik Irfan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna dan jaya nya. Kami berharap, jika ada kelapangan adik Irfan akan terus konsisten hadir ke PEDi ini dan berjaya dalam pelajaran.