Pertandingan Teka Silang Kata (Penjodoh Bilangan).

23 June 2022 | Berita Terkini

Pada 22 Jun 2022 yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Pasir Besar telah mengadakan Pertandingan Teka Silang Kata (Penjodoh Bilangan). Pertandingan ini diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Pasir Besar. Pertandingan ini melibatkan seramai 7 orang peserta dimana kesemua peserta adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Kesemua kanak-kanak ini merupakan ahli aktif disini.

 

Pertandingan ini dianjurkan untuk melihat kecekapan, ketelitian kanak-kanak dan menambah ilmu pengetahuan mengenai penjodoh bilangan. Pertandingan ini berlansung kira-kira jam 3 petang hingga 5 petang. Peserta diminta untuk hadir sebelum jam 3:00 dan peralatan disediakan. Peserta diberi masa selama 1jam setengah dimana dari jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang. Peserta dikehendaki mencari 50 penjodoh bilangan, peserta yang dapat melengkap kan kesemuanya atau yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang. Sesi penjurian diketuai oleh Pengurus PEDi Felda Pasir Besar iaitu Puan Nur Syafiqa dan Penolong Pengurus PEDi Felda Pasir Besar iaitu Suraya binti Nakmat.

    

 

Penyampaian hadiah diumukan selepas 15 minit sesi penjurian. Tempat pertama hingga ketiga akan memenangi hadiah merupakan barangan alat tulis dari pihak penganjur. Bukan itu sahaja, kesemua dari mereka juga merupakan ahli aktif PEDi Felda Pasir Besar dan boleh dikatakan mereka kerap hadir ke PEDi untuk menyertai program-program yang dianjurkan disini. Dengan itu, kita boleh lihat bahawa bukan golongan kanak-kanak sahaja yang rajin ke PEDi malah ibu bapa juga turut memberikan sokongan disini. Berkat daripada sokongan padu daripada ibu bapa mereka, program ini berjalan dengan lancar dan memberi banyak impak kepada masyarakat setempat.