KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q2 2022: NORADILA BINTI AZIZ

30 June 2022 | Kisah Kejayaan

Nama:                                                  Noradila Binti Aziz

Perniagaan:                                          Menjual Masakan Panas

No Tel/Whatsapp:                                010-2577312

 

Puan Noradila Binti Aziz merupakan usahawan muda yang baru berusia 33tahun. Beliau selesa disapa dengan panggilan “Kak Dila”. Beliau merupakan anak kelahiran Palong, Negeri Sembilan tetapi beliau sudah tinggal di Felda Pasir Besar sejak beliau berkahwin dengan anak peneroka Felda Pasir Besar. Beliau menjalankan makanan berasaskan aneka makanan panas. Sebelum berkecipung dalam dunia perniagaan, Puan Noradila atau Kak Dila merupakan suri rumah sepenuh masa. Disebabkan minat yang mendalam dalam dunia perniagaan, dia mengambil keputusan untuk berniaga. Antara menu-menu yang dijual oleh Kak Dila ialah Char Kue Teow Kerang, Udang, Mee goreng biasa, Mee goreng mamak, Nasi Lemak, Laksa dan lain-lain. Antara banyak-banyak makanan, paling laris dijual adalah Char Kue Teow. Beliau memilih untuk membuka warung di kawasan Pada mula berniaga, perniagaan Kak Dila kurang memberansangkan. Hal ini demikian kerana, beliau hanya mempromosikan pernigaan nya melalui whatsapp sahaja. Ini membuatkan ramai orang tidak tahu dan hanya warga setempat sahaja yang tahu.

 

       

 

Tetapi, Kak Dila tidak mudah berputus asa, dia berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi perniagaanya. Baru-baru ini, Kak Dila datang ke PEDi Felda Pasir Besar untuk belajar lebih mendalam mengenai ICT. Staff PEDi Felda Pasir Besar menyarankan beberapa kelas ICT kepada Kak Dila untuk mengembangkan pernigaanya. Salah satu nya, kelas cara menukarkan whatsapp biasa kepada whatsapp business dan kelas poster. Dari situ kak Dila boleh meningkatkan lagi perniagaanya dari segi membuat promosi melalui poster. Seterusnya melalui whatsapp business, dia juga boleh memuat naik segala menu makanan disitu. Maka dengan itu bukan sahaja memudahkan beliau, malah pelanggan juga mudah untuk memesan makanan. Bukan itu sahaja, sejak Kak Dila aktif ke PEDi, perniagaan nya mula mendapat sambutan. Beliau juga sudah mula menggunakan media sosial seperti tiktok untuk membuat video makanan yang dijual. Dengan ini, Kak Dila mengakui bahawa PEDi Felda Pasir Besar banyak memberi manfaat kepadanya bukan hanya dari segi kemudahan ICT malah dari segi membantu dalam perniagaan.

 

Akhir sekali, kami di PEDi Pasir Besar akan sentiasa bersama-sama dalam membantu komuniti setempat dalam berkongsi ilmu pengetahuan kami berkaitan ICT kepada usahawan yang ingin berjaya dan mengembangkan perniagaan beliau melalui pelbagai platform sama ada secara maya atau tidak maya. Diharapkan PEDi ini dapat memberi impak kepada komuniti setempat.