Usahawan No 6 Pi1M Felda Pasir Besar (En Zarofi Bin Zakaria)

18 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA PI1M                       : PI1M FELDA PASIR BESAR

LOKASI                               : (F) PASIR BESAR

NAMA                                  : EN ZAROFI BIN ZAKARIA

UMUR                                  : 36 TAHUN

JANTINA                              : LELAKI

TARAF PENDIDIKAN            : SIJIL KEMAHIRAN AUTOMOTIF

PEKERJAAN                        : MEMBUKA BENGKEL KERETA /FAZWIN AUTO GARAGE

 

En Zarofi Bin zakaria   merupakan seorang lagi usahawan kelahiran Felda Pasir Besar. Beliau merupakan seorang mekanik berkerjaya yang berpendapatan melalui perniagaan bengkel kereta dari rumah. Beliau memang mempunyai minat yang cukup mendalam dalam bidang enjin dan automotif.

Sebelum beliau menggunakan ICT serta melibatkan diri dengan PI1M, beliau agak ragu-ragu dalam mempromosikan bengkel beliau. Beliau tidak tahu bagaimana untuk memperluaskan lagi skop pelanggan yang sedia ada. Pelanggan beliau terhad hanya di dalam Felda Pasir Besar dan kenalan beliau sahaja.

Akhirnya beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli PI1M dan mendapat pelbagai kemudahan dan kelebihan menjadi ahli. Beliau mengikuti pelbagai kelas dan program keusahawan dan ICT dan menjadikan FB sebagai platform untuk medan perniagaan beliau. Beliau juga sudah mahir membuat akaun perniagaan beliau sendiri menggunakan MS office.

Banyak yang dipelajari melalui PI1M antaranya beliau dapat mempelajari cara berkesan untuk membuat akaun perniagaan, cara membuat flyers, , poster dan lain-lain lagi templat promosi hanya melalui perisian ringkas MS office Word semata-mata untuk tujuan promosi dan pemasaran.

Menurut beliau lagi, PI1M membantu perkembangan perniagaan beliau dan meningkatkan tahap kemahiran ICT beliau melalui kelas-kelas usahawanan dan ICT secara berterusan anjuran PI1M. Akhir sekali, beliau berpendapat, dengan adanya ICT sebagai medium promosi akan menjadikan perniagaan beliau semakin dikenali di sekitar Felda pasir Besar,Gemas dan Palong