Usahawan No 7 Pi1M Felda Pasir Besar (PN SITI ZALEHA BT HASSAN)

18 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA PI1M                         : PI1M FELDA PASIR BESAR

LOKASI                               : (F) PASIR BESAR

NAMA                                  : Pn SITI ZALEHA BT HASSAN

UMUR                                  : 30 TAHUN

JANTINA                              : PEREMPUAN

PEKERJAAN                        : PEMBANTU TADBIR KOPERASI FELDA PASIR BESAR /MENJUAL PRODUK    

                                             JAMBANGAN BUNGA DAN COKLAT

 

Pn Siti Zaleha Bt Hassan  merupakan seorang lagi usahawan kelahiran Felda Pasir Besar. Beliau merupakan seorang ibu berkerjaya dan mempunyai produk jualan jambangan bunga dan coklat dari rumah. Beliau memang mempunyai minat yang cukup mendalam dalam bidang senitangan yang kreatif.

Sebelum beliau menggunakan ICT serta melibatkan diri dengan PI1M, beliau agak ragu-ragu dalam mempromosikan jambangan bunga dan coklat beliau. Beliau tidak tahu bagaimana untuk memperluaskan lagi skop pelanggan yang sedia ada. Pelanggan beliau terhad hanya di dalam Felda Pasir Besar dan kenalan beliau sahaja.

Akhirnya beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli PI1M dan mendapat pelbagai kemudahan dan kelebihan menjadi ahli. Beliau mengikuti pelbagai kelas dan program keusahawan dan ICT dan menjadikan FB dan instagaram sebagai platform untuk medan perniagaan beliau. Beliau juga sudah mahir membuat akaun perniagaan beliau sendiri menggunakan MS office.excel dan photoshop

Banyak yang beliau pelajari melalui PI1M antaranya beliau dapat mempelajari cara berkesan untuk membuat akaun perniagaan, cara membuat flyers, design balutan bunga, poster dan lain-lain lagi templat promosi hanya melalui perisian ringkas MS office Word semata-mata untuk tujuan promosi dan pemasaran.

Menurut beliau lagi, PI1M membantu perkembangan perniagaan beliau dan meningkatkan tahap kemahiran ICT beliau melalui kelas-kelas usahawanan dan ICT secara berterusan anjuran PI1M. Akhir sekali, beliau berpendapat, dengan adanya ICT sebagai medium promosi akan menjadikan perniagaan beliau semakin dikenali di sekitar Felda pasir Besar,Gemas dan FB.