Usahawan No 8 Pi1M Felda Pasir Besar (PN ZABEDAH BT TO'ID)

18 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA PI1M                       : PI1M FELDA PASIR BESAR

LOKASI                               : (F) PASIR BESAR

NAMA                                  : Pn ZABEDAH BT TO’ID

UMUR                                  : 33 TAHUN

JANTINA                              : PEREMPUAN

PEKERJAAN                        : MENJUAL PRODUK MINYAK WANGI “WAN PERFUME’

 

Pn Zabedah bt To’id   merupakan seorang lagi usahawan kelahiran Felda Pasir Besar. Beliau merupakan seorang ibu berkerjaya dan mempunyai produk jualan iaitu Minyak wangi “WAN PERFUME”.

Beliau banyak menyertai kursus-kursus keusahawanan seperti Program Transformasi Pembangunan Usahawan Dan Peningkatan Kualiti Produk IKS yang dianjurkan oleh SIRIM baru-baru ini. Katanya, ilmu ini sangat berguna untuk lebih stabil dalam saingan pasaran produk terkini.

                Sebelum beliau menggunakan ICT serta melibatkan diri dengan PI1M, beliau agak ragu-ragu dalam mempromosikan minyak wangi. Beliau tidak tahu bagaimana untuk memperluaskan lagi skop pelanggan yang sedia ada. Pelanggan beliau terhad sahaja.

Akhirnya beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli PI1M dan mendapat pelbagai kemudahan dan kelebihan menjadi ahli. Beliau mengikuti pelbagai kelas dan program keusahawan dan ICT dan menjadikan FB dan instagaram sebagai platform untuk medan perniagaan beliau.

                Banyak yang beliau pelajari melalui PI1M antaranya beliau dapat mempelajari cara berkesan untuk membuat akaun perniagaan, Menurut beliau lagi, PI1M membantu perkembangan perniagaan beliau dan meningkatkan tahap kemahiran ICT beliau melalui kelas-kelas usahawanan dan ICT secara berterusan anjuran PI1M. Akhir sekali, beliau berpendapat, dengan adanya ICT sebagai medium promosi akan menjadikan perniagaan beliau semakin dikenali di sekitar Felda pasir Besar,Gemas dan FB.Selain pemasaran secara penghantaran dan jualan di premis, beliau juga membuat penghantaran produk melalui pos ke seluruh semenanjung Malaysia.