Usahawan No 11 Pi1M Felda Pasir Besar (PN RASIDAH BT UDIN)

18 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA PI1M                       : PI1M FELDA PASIR BESAR

LOKASI                                 : (F) PASIR BESAR

NAMA                                  : PN RASIDAH BT UDIN

UMUR                                  : 50 TAHUN

JANTINA                              : PEREMPUAN

PEKERJAAN                        : MENJUAL KUIH MUIH DAN FROZEN FOOD.

 

Pn Rasidah Bt udin merupakan seorang lagi usahawan kelahiran Felda Pasir Besar. Beliau merupakan seorang ibu yang aktif dan mempunyai kemahiran membuat kueh mueh tradisional dan tempatan.

Beliau banyak menyertai kursus-kursus keusahawanan. Katanya, ilmu ini sangat berguna untuk lebih mahir dalam kemahiran membuat kueh dan melatih diri daripada mencuba sesuatu yang baru.

Sebelum beliau menggunakan ICT serta melibatkan diri dengan PI1M, beliau agak ragu-ragu dalam menjual kuih muih yang dibuat oleh beliau . Beliau tidak tahu bagaimana untuk memperluaskan lagi skop pelanggan yang sedia ada. Pelanggan beliau terhad sahaja antara penduduk sekitar Felda Pasir Besar.

Akhirnya beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli PI1M dan mendapat pelbagai kemudahan dan kelebihan menjadi ahli. Beliau mengikuti pelbagai kelas dan program keusahawan dan ICT dan menjadikan FB dan instagram sebagai platform untuk medan perniagaan beliau.

Banyak yang beliau pelajari melalui PI1M antaranya beliau dapat mempelajari cara berkesan untuk membuat akaun perniagaan, Menurut beliau lagi, PI1M membantu perkembangan perniagaan beliau dan meningkatkan tahap kemahiran ICT beliau melalui kelas-kelas usahawanan dan ICT secara berterusan anjuran PI1M. Selain itu dia dapat menerima tempahan kuih muih dari sekitar palong gemas bagi jamuan tertentu.

Akhir sekali, beliau berpendapat, dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia ini sebagai medium promosi akan menjadikan perniagaan beliau semakin dikenali di sekitar Gemas.Selain pemasaran secara penghantaran ,beliau juga membuat frozen untuk dihantar  ke premis terdekat.