Usahawan No 12 Pi1M Felda Pasir Besar (PN INTAN NURUL SYAZWANI)

18 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA PI1M                       : PI1M FELDA PASIR BESAR

LOKASI                                 : (F) PASIR BESAR

NAMA                                  : PN INTAN NURUL SYAZWANI BT ABDUL RAHIM

UMUR                                  : 28 TAHUN

JANTINA                              : PEREMPUAN

PEKERJAAN                        : MENJUAL MINUMAN PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

                                             ”SERI DEWI MALAM”

 

 

Pn Intan Nurul  Syazwani Bt Abdul Rahim  merupakan seorang lagi usahawan kelahiran Felda Pasir Besar. Beliau merupakan seorang ibu yang aktif dan mempunyai Personaliti yang Menarik.Ibu yang berusia 28 tahun ini.Amat meminati bidang kecantikan sejak kecil lagi. Beliau banyak menyertai kursus-kursus keusahawanan. Katanya, ilmu ini sangat berguna untuk melatihkan diri supaya menjadi seorang yang mahir dalam penerangan terhadap produk yang dijual.

Sebelum beliau menggunakan ICT serta melibatkan diri dengan PI1M, beliau agak ragu-ragu dalam menjual produk kesihatan minuman dan kecantikan beliau . Beliau tidak tahu bagaimana untuk memperluaskan lagi skop pelanggan yang sedia ada. Pelanggan beliau terhad sahaja antara penduduk sekitar Felda Pasir Besar dan kenalan rapat.

Akhirnya beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli PI1M dan mendapat pelbagai kemudahan dan kelebihan menjadi ahli. Beliau mengikuti pelbagai kelas dan program keusahawan dan ICT dan menjadikan FB dan instagram sebagai platform untuk medan perniagaan beliau.

Banyak yang beliau pelajari melalui PI1M antaranya beliau dapat mempelajari cara berkesan untuk membuat akaun perniagaan, Menurut beliau lagi, PI1M membantu perkembangan perniagaan beliau dan meningkatkan tahap kemahiran ICT beliau melalui kelas-kelas usahawanan dan ICT secara berterusan anjuran PI1M. Selain itu dia dapat melariskan produk tersebut dan dapat menerangkan lebih lanjut kepada pelangan.

Akhir sekali, beliau berpendapat, dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia ini sebagai medium promosi akan menjadikan perniagaan beliau semakin dikenali di sekitar Gemas.Selain pemasaran secara penghantaran ,beliau juga menghantar produk  ke premis terdekat.