Majlis Penyampaian Sijil ICT dan Hadiah Saguhati Pelajar Tadika Kemas 2016

23 November 2016 | Berita Terkini

    Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Tadika Kemas Felda Pasir Besar 2016 merupakan satu majlis yang saban tahun diadakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid- murid yang cemerlang dalam bidang Kurikulum, dan Sahsiah. Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan ini berlangsung dengan begitu meriah dan disambut baik oleh semua warga Tabika Kemas Felda Pasir Besar. Antara pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis ini adalah semua murid dari Tadika Kemas, Pihak Pentadbir, semua  guru-guru, kakitangan Kemas dan Staff Pusat Internet 1 Malaysia Felda Pasir Besar.

Majlis Hari Anugerah Tadika Kemas ini telah berlangsung pada 23 November (Rabu)  jam 8.30 pagi  hingga 12.00 tengahari.   Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pengerusi majlis dan diikuti oleh bacaan doa oleh Imam 2 Masjid Felda Pasir Besar bagi memberkati lagi majlis. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Penyelia Kemas Bahagian Gemas En Mujahir dan Ucapan Perasmian Hari Anugerah Tabika Kemas .Seterusnya majlis diteruskan dan para hadirin serta ibu bapa dapat menyaksikan persembahan  dari murid-murid Tadika Kemas. Murid–murid   yang membuat persembahan dimulakan dengan nyanyian dari murid 5 tahun diikuti dengan persembahan Coral Speaking oleh murid 6 tahun.

 

Majlis disambung dengan konvokesyen Tadika Kemas, Ketua Kampung  mengiringi En Mujahir  untuk  menyampaikan sijil  dan hadiah kepada murid Tadika Kemas. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil untuk murid  5 dan 6 tahun ICT. Hadiah juga disampaikan bagi kategori Hadiah tempat pertama dalam kelas (tempat pertama hingga ketiga), Hadiah matapelajaran terbaik, Tokoh Murid Tabika kemas, Tokoh Akademik, tokoh Kokurikulum serta sijil bagi kehadiran penuh Murid Tadika kemas.