Pertandingan Melukis dan Mewarna Dewasa "Keindahan Alam"

27 December 2016 | Berita Terkini

Selasa, 27 Disember 2016 – Bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Pasir Besar telah diadakan satu pertandingan melukis dan mewarna Dewasa.Pertandingan yang bertemakan “Keindahan Alam”  ini disertai oleh ibu-ibu dan usahawanita Felda Pasir Besar.Seramai 15 orang pelajar telah mengambil bahagian. Pertandingan yang bermula pada jam 2.30 petang itu dimulai dengan kehadiran peserta-peserta seterusnya membuat pendaftaran bagi menyertai pertandingan. Setelah lengkap sesi pendaftaran peserta.

Pertandingan bermula dengan semua peserta diberikan kertas lukisan yang kosong  untuk mereka melukis dan mewarna hasil lukisan mereka.Mereka juga  dikehendaki mewarnakan lukisan tersebut mengikut kreativiti dan idea tersendiri menggunakan alatan mewarna  yang dibawa sendiri.Mereka kemudiannya mengambil tempat masing-masing dan mula melukiskan dan mewarnakan idea masing-masing. Pelbagai ragam dan aksi peserta dapat dilihat sepanjang pertandingan. Mereka dibolehkan serta digalakkan untuk berbincang sesama mereka bagi penjanaan idea.

Setelah 3 jam berlalu,kesemua 15 orang peserta selesai melukis dan mewarna lukisan masing-masing.Acara penyampaian hadiah dijalankan. 3 hadiah utama diberikan kepada tempat pertama hingga ke tiga. 12 peserta yang lain turut mendapat ganjaran berupa hadiah saguhati.Pertandingan selesai pada jam 5.30 petang.

Dengan berkonsepkan keindahan alam ,pertandingan ini secara tidak langsung membawa maksud dan konsep yang positif yang boleh diterapkan ke dalam diri para peserta.Selain itu, pertandingan sebegini juga boleh dijadikan sebagai terapi minda apabila peserta bermain dengan warna-warna dan corak pada lukisan.Ia juga merupakan aktiviti santai yang bermanfaat bagi mengigat kembali zaman persekolahan.