Pertandingan Tampal Dan Gunting Sempena cuti sekolah

21 December 2016 | Berita Terkini

Rabu, 21 Disember 2016 – Bertempat di Perpustakaan  Felda Pasir Besar,Pi1M Felda Pasir Besar telah berkerjasam dangan perpustakaan telah diadakan satu pertandingan Mengunting dan menampal kertas sempena cuti sekolah. Pertandingan yang bertemakan “Gunting cantik-cantik dan tampal canti-cantik” ini disertai oleh Pelajar sekolah rendah berusia dari 7 tahun hingga 12 tahun.

 

Seramai 20 orang pelajar telah mengambil bahagian. Pertandingan yang bermula pada jam 2.30 petang itu dimulai dengan kehadiran peserta-peserta seterusnya membuat pendaftaran bagi menyertai pertandingan.

Pertandingan bermula dengan semua peserta diberikan buku bergambar,majalah terpakai dan kertas lukisan yang kosong  untuk mereka mengunting dan menampal mengikut kreativiti masing-masing.Mereka juga  dikehendaki menampal kertas yang digunting tersebut mengikut kreativiti dan idea tersendiri menggunakan alatan  yang dibawa sendiri.Mereka kemudiannya mengambil tempat masing-masing dan mula mengunting dan menampal gambar mengikut idea masing-masing. Pelbagai ragam dan aksi peserta dapat dilihat sepanjang pertandingan. Mereka dibolehkan serta digalakkan untuk berbincang sesama mereka bagi menjana idea.

Setelah 3 jam berlalu,kesemua 20 orang peserta selesai mengunting dan menampal kertas mengikut kreativiti  masing-masing.setelah siap,juri mengambil kira markah pada peserta yang mempunyai syarat yang ditetapkan Acara penyampaian hadiah dijalankan. 3 hadiah utama diberikan kepada tempat pertama hingga ke tiga. 17 peserta yang lain turut mendapat ganjaran berupa hadiah saguhati.Pertandingan selesai pada jam 5.30 petang.

Dengan berkonsepkan gunting dan tampal ,pertandingan ini secara tidak langsung membawa maksud dan konsep yang positif yang boleh diterapkan ke dalam diri para peserta.Selain itu, pertandingan sebegini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti cuti sekolah apabila peserta bermain dengan warna-warna dan corak pada kertas majalah terpakai.Ia juga merupakan aktiviti santai yang bermanfaat bagi program akhir cuti sekolah.