Mengenai Pusat Internet

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Pasir Besar
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Pasir Besar , merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Berhad. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhasrat untuk menjadikan PIK ini sebagai pusat untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik dan sebagainya kearah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
PEDi Pasir Besar mula beroperasi pada 22 April 2010 dan telah
dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato''AB Razak Bin Ab Kadir, Ahli
Dewan Undangan Negeri daerah Gemas pada 04 Julai 2010
Bagi memastikan pembangunan modal insan yang terancang, pusat ini
turut menawarkan latihan dan kursus berasaskan ICT secara percuma yang
diuruskan pengurus dan penolong pengurus yang dilantik. Kewujudan PEDi diharap
dapat membantu masyarakat luar bandar mengenali ICT dan memanfaatkan kemudahan
sedia ada secara positif bagi meningkatkan pengetahuan seterusnya meningkatkan
taraf ekonomi mereka
Dengan hanya membayar RM5.00, setiap individu masyarakat bermula
dari kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, warga emas, orang kurang upaya (OKU)
hinggalah suri rumah atau siapa saja, boleh meneroka dunia luar serta menguasai
maklumat dengan kemahiran Teknologi Maklumat atau ICT seumur hidup.
PEDi menjalankan pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF,MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
- Latihan ICT
- Latihan keusahawanan
- Latihan multimedia
- E-pembelajaran
- Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan
- Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan
Perkhidmatan Di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Pasir Besar
Penggunaan Internet/Komputer
Ahli
Pelajar: PERCUMA
Dewasa: RM1.00 Sejam
Bukan Ahli
Pelajar: PERCUMA
Dewasa: RM2.00 Sejam
Wi-Fi
Percuma kepada semua peringkat umur.
Perkhidmatan Bagi Peralatan Lain
Print Hitam/Warna
Scan
Laminasi
Kelas Komputer/ ICT (Percuma Ahli Sahaja)
Sewa Bilik Mesyuarat
Maklumat Tentang Felda Pasir Besar
Felda Pasir Besar yang terletak di daerah Gemas N.Sembilan telah
di buka pada tahun 1965. Aktiviti membawa masuk peneroka-peneroka ke dalam
Felda amat giat di lakukan pada ketika itu. Yang lebih menariknya, Felda Pasir
Besar adalah antara penubuhan Felda yang tertua di N.Sembilan. Hal ini kerana,
peneroka-peneroka dari Felda lain seperti Felda Palong serba sedikit terdiri
daripada anak peneroka Felda Pasir Besar. Sehingga hari ini hanya beberapa
orang peneroka sahaja yang masih menerajui tanah beliau, kerana selebihnya
telah pun meninggal dunia. Selain itu, pada tahun 1978, Felda Pasir Besar turut
membuka kekosongan kepada golongan anak muda untuk memohon penempatan sebagai
peneroka di sini, dan mereka digelar sebagai peneroka tambahan yang berumur
antara 53-66 tahun. Namun begitu, penempatan ini hanya terhad untuk beberapa
ahli keluarga sahaja atas faktor keluasan tanah milikan.
Tidak seperti Felda-Felda yang lain, Felda Pasir Besar terletak
bersebelahan dengan jalan raya yang menjadi jalan altenatif untuk ke
Kuantan, Pahang dan tanah-tanah kebun getah mereka turut terletak jauh dari
kawasan kediaman. Felda Pasir Besar agak terkenal kerana terdapat sejumlah
aktiviti perniagaan di jalankan. Hal ini termasuk lah pembukaan kedai makan
yang lebih dari satu pilihan, kedai runcit yang juga mempunyai banyak cawangan,
serta penjualan kuih muih di tepi-tepi jalan. Keadaan ini berlaku adalah di
sebabkan faktor penempatan yang terdapat di Felda Pasir Besar. Kenderaan yang
kerap lalu-lalang di kawasan ini menyebabkan penjualan kerap mendapat sambutan.
Maklumat
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Pasir Besar
Lokasi |
Felda Pasir Besar |
Ust Area |
|
Daerah |
Gemas |
Negeri |
Negeri Sembilan |
Populasi |
2640 orang |
Aktiviti Ekonomi Utama |
Tanaman Getah & Sawit |
Jumlah Keahlian |
1890 orang |
Lat/Long PI |
Lat :1.761940 Long : 103.684359 |
Teknologi |
Hub & Spoke- Microwave |
Pemberi Maklumat |
Celcom Axiata Berhad |
Tarikh Beroperasi |
22 April 2010 |
Maklumat Petugas |
Pengurus Nama: Nor Shafiqah Binti Mohd Yussof Email: fiqahyussof@celcom1cbc.com No.Tel: 013-6380028 Penolong Pengurus Nama: Suraya Binti Nakmat Email: surayanakmat@celcom1cbc.com No Tel: 011-26354593 |
Website |
https://www.celcom1cbc.com/pasir-besar |
|
|
Tempat-tempat
Menarik Di Felda Pasir Besar
Di Felda Pasir Besar terdapat 2 buah sekolah iaitu Sek.Keb.Pasir Pasir dan
Sek.Men.Keb Pasir Besar. Kedua-kedua buah sekolah ini di tubuh pada tahun 1974
dan 1980. Sekolah menengah di Pasir Besar turut di tumpeng oleh pelajar dari
rompin dan Palong 1. Di sini juga terdapat tempat yang menjadi tumpuan
masyarakat dari luar, ianya terdiri kedai makan yang di miliki oleh anak
peneroka Felda ini sendiri, Kilang Keropok lekor yang terletak bersebelahan
dengan sungai Muar dan juga Kilang Getah yang terletak di tepi jalanraya yang
menghubungkan jalan untuk ke Gemas-Tampin.
Kedai makan yang agak popular itu telah di beri nama Kedai Makan Amira Nabila
iaitu di ambil dari anak mereka sendiri. Kedai makan ini adalah milik anak
peneroka Pasir Besar yang bernama Hj Md Basiron Bin Basiron. Ianya telah di
buka sekitar tahu 1998. Manakala kilang getah Felda Pasir Besar pula adalah
kilang yang di pelopori oleh syarikat besar iaitu Felda Global Venture yang di
buka sekitar tahun 1995 dan kini memiliki lebih dari 150 orang pekerja.
Turut mendapat perhatian adalah Kilang Keropok Lekor. Ianya telah lama di
tubuhkan iaitu pada Disember 1998 dan pemiliknya adalah Puan Hajah Hamisah
Binti Abu. Dahulunya beliau adalah seorang guru, dan beliau telah meninggalkan
kerjaya beliau untuk meneruskan perniagaan beliau ini.
Berikut adalah serba ringkas maklumat tentang peniaga di Pasir
Besar:
Kedai Makan Amira Nabila
Nama Pemilik: Hj Md Rais Bin Basiron
No Tel: 016-9987852
Alamat: No.61, Felda Pasir Besar, Gemas
Kilang Keropok
Nama Pemilik: Hajah Hamisah Binti Abu
No Tel: 013-9635897
Alamat: No 58, Felda Pasir Besar, Gemas