Pelancongan & Rekreasi

http://memoripasirbesar.blogspot.my/search/label/official              

Gelanggang Futsal

 Bagi belia dan penduduk yang minat kegiatan aktif dan bersukan, aktiviti dan pertandingan futsal boleh diadakan di gelanggang futsal yang di sediakan. Terdapat 2 gelanggang futsal yang terdapat di sekitar kawasan Felda Pasir Besar.Pelbagai program dan aktiviti berkaitan sukan dan riadah banyak diadakan di kawasan ini.

 Giat Mara Pasir Besar.

 Terletak dikawasan perkampungan Felda Pasir Besar, dengan suasana yang nyaman, indah serta penuh ketenangan yang amat sesuai untuk peserta dan tetamu yang ingin melihat kehidupan harian warga peneroka Felda.Perjalanan yang hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 50  minit dari bandaraya Kuala Lumpur dan hanya 45 minit dari Lebuhraya Plus Utara Selatan melalui persimpangan Simpang Ampat, Melaka, pekan Gemencheh dan terus ke Pasir Besar,dengan suasana pemandangan yang penuh kehijauan dikiri dan kanan perjalanan melalui perkampungan tradisional begitu mempersona dan menakjubkan.Pusat Latihan Giat Mara Felda Pasir Besar kini menawarkan tempat pembelajaran  penuh berhawa dingin dengan pelbagai kemudahan bersesuaian bagi kursus-kursus, bengkel yang pelajar mahukan.

 Nasi ayam Gemas Mustapha

Gerai diusahakan oleh Mustafah Yusuf berumur 53 tahun, sentiasa menggamit pelanggan, bukan sahaja di kalangan penduduk setempat, malah sejauh Singapura, Kuala Lumpur, Seremban, Johor, Pahang dan Melaka.Pengusahanya yang pernah bekerja di sebuah restoran Cina memulakan perniagaan sendiri pada tahun 1980 dengan menjual nasi ayam dan masakan Cina yang lain, memandangkan nasi ayam mendapat permintaan tinggi maka beliau hanya memberi tumpuan kepada hidangan ini sahaja bermula tahun 1984. Isteri dan anak serta dibantu oleh 8 pekerja mengendalikan perniagaan ini seawal jam 10.30 pagi dan berakhir jam 4 petang setiap hari kecuali Ahad

 kem tentera syed sirajuddin Gemas

 Mempunyai kem tentera yang pertama terbesar dia Asia tenggara.

 Rumah Generasi Felda Ke-2.

 Rumah generasi ke -2 felda juga telah dibina dikawasan Felda Pasir besar,disebabkan ramai anak -anak peneroka  telah pulang ke kampung  dan memulakan kehidupan berkerja sendiri dan berniaga.

 Taman Rekreasi Menuang Bertembuk

 terletak di tebing Sg.Muar, Kg. Pasir Besar Gemas

- sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan aktiviti lasak

- kemudahan: taman permainan, tapak perkhemahan, bekalan elektrik dan air dan lain-lain

Jambatan Gantung Kg. Pasir Besar

-Menghubungkan kg pasir besar dan kg kurnia diraja

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.