Pusat Internet (dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti) merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.
Pusat Internet FELDA Pasir Besar mula beroperasi pada 22 April 2010 dan sehingga 31 Disember 2016 jumlah keahlian adalah seramai 1500 orang. Dalam tempoh 6 tahun, pelbagai aktiviti berkaitan dengan ICT diadakan sejajar dengan matlamat penubuhan Pusat Internet 1Malaysia sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti setempat.
Berikut adalah maklumat ringkas berkaitan Pusat Internet FELDA Pasir Besar:
WAKTU OPERASI :
Hari: Setiap hari kecuali Cuti Umum
Waktu: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Rehat: 1.00 petang hingga 2.00 petang
PERKHIDMATAN yang disediakan
1. Perkhidmatan Online
Internet : -
Ø E-Kerajaan
Ø E-Pembelajaran
Ø E-Dagang
Ø Pusat Komunikasi Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat
Ø Pusat Peperiksaan dan Persijilan
Ø Pusat Pembangunan Aplikasi Berdasarkan Perkongsian Perisian
2. Kelas Pembelajaran IT & Komputer
Ø Kelas Asas Microsoft Words / Excel / Power Point
Ø Kelas perbankan online
Ø Kelas menaip dan melukis untuk kanak-kanak
3. Perkhidmatan Lain
Ø Wi-Fi
Ø Scanning
Ø Printing – A4 size, Kad kahwin, kad perniagaan dll.
Ø Photocopy
Ø Laminating
Ø Menaip
Ø Pra-bayar CELCOM
Ø Kelas Komputer
4. Kemudahan dan kelengkapan yang disediakan
- 20 buah komputer berinternet untuk kegunaan pengguna.
- Ruang Bilik Untuk Kelas dan Latihan.
- Bilik Penggunaan Internet yang selesa yang dilengkapi Hawa-Dingin (Air-Cond).
- Ruang rehat yang selesa dan dilengkapi dengan sebuah televisyen.
- Kemudahan mesin mencetak, mesin laminasi, projektor dan pelbagai servis dokumentasi sampingan disediakan.
- Log Masuk
- Daftar Akaun Baru