Berita & Aktiviti Terkini

KDB @Advokasi

16 June 2017 | Berita Terkini

Pada 16hb Jun 2017 bertempat di Hotel Ovise, Kudat Pi1M Kudat dijemput ke majlis berbuka puasa bersama komuniti bikers kudat dan seterusnya mengadakan program advokasi pada majlis tersebut. ... read more

Majlis Berbuka Puasa Bersama Komuniti Bikers Kudat

16 June 2017 | Berita Terkini

16hb Jun 2017 bertempat di Hotel Ovise Kudat satu Majlis Berbuka diadakan oleh Komuniti Bikers Kudat dan Pi1M Kudat dijemput untuk meriahkan lagi majlis tersebut. Tetamu2 seramai 20 orang kebanyakkannya terdiri daripada penunggang motosikal berkuasa tinggi disekitar daerah Kudat ini. Majlis bermula pada pukul 6.30pm dan disusuli ucapan aluan oleh Presiden Kelab Permotoran Mengayau. ... read more

PROFIL USAHAWAN : PUAN SANANG BINTI ABD KADIR

13 June 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Sanang Binti Abd Kadir  merupakan salah seorang pengusaha kek di Daerah Kudat yang masih meneruskan perniagaan kek sejak 7 tahun yang lalu. Beliau pada mulanya hanya membuat kek untuk jualan di tamu-tamu sahaja. Setelah menyertai beberapa kursus menghias kek, Puan Sanang sudah mula membuka pesanan untuk kek perkahwinan, harijadi dan sebagainya. Selain itu, beliau juga menyertai banyak kursus dan latihan keusahawanan yang dijalankan di sekitar Kudat untuk menambahkan peluang beliau membesarkan perniagaan beliau melalui medium-medium yang dipelajari. Tidak ketinggalan, Puan Sanang juga pernah menyertai latihan keusahawanan di PI1M Kudat... read more

PROFIL USAHAWAN : VENCEN DUAN

30 April 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Encik Vencen Duan, nama yang tidak asing dari dunia seni nyanyian lagu rakyat di Sabah. Beliau seorang penggiat seni terutamanya dalam bidang nyanyian dan telah menyertai banyak pertandingan lagu rakyat di peringkat negeri. Namun beliau tidak mengabaikan tugas hakiki beliau sebagai seorang pegawai di Pejabat Kesihatan Kudat. Beliau bukan sahaja bergiat dalam dunia nyanyian, malah beliau juga memiliki minat yang mendalam dalam seni kraftangan. Beliau juga mengusahakan kedai menjual kraftangan hasil buatan orang-orang kampung dan hasil buatan beliau sendiri juga. Vencen merupakan salah seorang usahawan yang mengetengahkan tradisi suku kaum... read more

PROFIL USAHAWAN : PUAN NORAINAH BINTI MUSTAR

30 April 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Norainah Binti Mustar atau lebih senang dipanggil Kak Ina adalah pengusaha bahulu di Daerah Kudat. Beliau berusia 42 tahun dan tinggal di kediaman polis di Kudat. Perniagaan bahulu ini bermula apabila beliau mendapat permintaan dari penghuni kediaman beliau selepas beliau membawa bahulu sebagai hidangan dalam satu majlis di situ. Pada mulanya beliau hanya menjual bahulu kepada penduduk di situ namun semakin hari bahulu beliau semakin terkenal di luar kediaman kerana beliau mula berniaga bahulu tersebut di tamu-tamu Kudat. Semakin hari semakin banyak tempahan dibuat dari luar. Dari situ beliau... read more

PROFIL USAHAWAN : CHRISTIE RUJINAL

30 April 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Cik Christie binti Rujinal adalah gadis berbangsa rungus yang tinggal di Kampung Suangpai Kudat. Beliau berumur 25 tahun dan sekarang sedang menjalankan perniagaan secara atas talian (online). Walaupun hanya memiliki tahap pendidikan SPM sahaja, beliau tekad untuk meningkatkan taraf hidup beliau melalui perniagaan kosmetik. Beliau bermula secara kecil kecilan dan hanya berniaga dari rumah atau secara atas talian di samping menyertai pelbagai kursus keusahawanan yang disediakan oleh kerajaan untuk memajukan lagi perniagaan beliau. Orang ramai sudah mempercayai perniagaan beliau kerana beliau adalah seorang peniaga yang jujur di samping barang jualan... read more

PROFIL USAHAWAN : CIK NOORATHIFAH BINTI JAMAHAL BAKIL

23 May 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Cik Noorathifah binti Jamahal Bakil merupakan seorang pelajar lepasan Diploma dalam bidang pengurusan di universiti awam Malaysia. Tidak berputus asa kerana belum mendapat pekerjaan tetap, beliau mengambil iktibar dengan memulakan perniagaan bakeri secara kecil-kecilan untuk mencari pendapatan hidup. Beliau merupakan anak jati Kudat yang tinggal di Kampung Tanjung Kapor bersama kedua ibu bapa beliau. Oleh kerana minat dalam bidang bakeri, beliau sering menyertai kelas-kelas bakeri. Kini beliau menjalankan perniagaan bakeri dari rumah dengan kaedah COD atas permintaan yang ramai. Antara produk beliau yang sering mendapat permintaan yang tinggi adalah pizza... read more

PROFIL USAHAWAN : PUAN SUINNEY BINTI LAMSAN

24 May 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Suinney binti Lamsan yang berasal dari Kampung Kimihang Kudat merupakan salah seorang usahawan kecil-kecilan yang semakin menampakkan hasil dari usaha beliau. Walaupun tahap pendidikan beliau hanya pada peringkat STPM sahaja namun ia tidak memudarkan semangat beliau untuk mengubah hidup beliau dan keluarga dengan perniagaan penghasilan minyak kelapa dara. Tentunya masyarakat tahu mengenai khasiat dan kebaikan minyak kelapa dara dalam kesihatan. Beliau memulakan penghasilan minyak kelapa dara ini pada mulanya hanya untuk kegunaan sendiri namun setelah melihat ianya mempunyai banyak kebaikan, beliau mula menghasilkan minyak kelapa dara dalam kuantiti yang... read more

PROFIL USAHAWAN : PUAN SURIYATI BINTI MASAIR

25 May 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Suriyati binti Masair merupakan seorang anak jati Kudat yang menjalankan beberapa perniagaan kecil walaupun suami beliau memiliki beberapa rangkaian kedai alat tulis di sekitar Pekan Kudat. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual aksesori wanita antaranya ialah contact lens, beg tangan berjenama, tudung, produk-produk kecantikan dan sebagainya. Semua barangan yang dijual oleh beliau adalah barangan yang dijamin kualitinya dan ini membuatkan beliau sangat disenangi dalam urusan jual beli. Beliau menggunakan pelbagai kaedah untuk mempromosikan barangan beliau seperti aplikasi Whatsapp, Facebook, dan... read more

KURSUS KEUSAHAWANAN FAMA (SESI 2)

26 May 2017 | Info Teknikal

26 MEI 2017, JUMAAT - PI1M Kudat telah mengadakan hari bersama usahawan-usahawan PI1M Kudat dengan menjalankan Kursus Keusahawanan. Program ini dijalankan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Program ini dihadiri oleh usahawan-usahawan PI1M yang masih menjalankan perniagaan mereka setelah menyertai kelas-kelas keusahawanan yang dijalankan oleh pihak PI1M Kudat. ... read more

lagi berita & aktiviti