PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1438H/2016M PERINGKAT DAERAH KUDAT

12 October 2016 | Berita Terkini

Rabu, 12 Oktober 2016 : Bertempat di Dewan Tun Mustapha Kudat, Pusat Internet 1 Malaysia Kudat dijemput untuk menyertai pameran bersama-sama dengan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta NGO bersempena sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M baru-baru ini. Sambutan pada tahun ini menarik lebih 1000 orang yang berkunjung ke program tersebut yang mana bermula pada pukul 08:00 pagi dan berakhir 10:00 malam. Antara program yang dijalankan sempena sambutan tersebut, pameran, penyampaian anugerah tokoh maal hijrah, persembahan nasyid dan persembahan istimewa artis jemputan iaitu Iwan. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Ariffin Bin Hj Mohd Arif iaitu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.