Program Keusahawanan

09 November 2016 | Berita Terkini

09.11.2016 - Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kudat bersama-sama dengan Pusat Internet 1 Malaysia PPR Taman Ehsan mengadakan Program Keusahawan sempena Program MEMBARA yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kudat yang disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada golongan ibu dan juga remaja wanita dari daerah Kudat. Program ini bermula seawal pukul 8:00am dan berakhir pada pukul 4:00 petang di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Taman Ehsan, Kudat. Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kudat merangkap Ketua Puteri UMNO Sabah iaitu Puan Normalah Rasick. Program Keusahawan ini disampaikan oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kudat, En. Tony S. Mondorusun.