PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA PERKEP KOMPENI C

05 November 2016 | Berita Terkini

5 NOVEMBER 2016 – SABTU, wakil Pusat Internet 1 Malaysia Kudat, telah menghadiri Program Ramah Mesra bersama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) bertempat di Kompeni C Batalion 16 Pasukan Gerakan Am Kudat yang bermula pada jam 2.00 petang. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah sesi perkenalan ahli jawatankuasa PERKEP Kompeni C, dan pertandingan kulinari juga turut diadakan bagi memeriahkan program tersebut. Program ini melibatkan seramai 35 orang wanita termasuk kanak-kanak yang mana adalah warga penduduk Kompeni C Pasukan Gerakan Am Kudat. Wakil PI1M turut dijemput untuk memberikan taklimat ringkas mengenai kesedaran mengenai internet dan cara penggunaan yang seimbang selaras dengan keperluan harian memandangkan remaja-remaja kini lebih cenderung kepada permainan gadget dan telefon pintar. Setelah selesai slot ceramah internet, pengerusi turut mengumumkan bahawa pihak pengurusan Kompeni C akan mempertimbangkan untuk menyediakan kemudahan perpustakaan mini yang dilengkapi dengan beberapa buah komputer dan kemudahan WI-FI bagi memudahkan warga Kompeni C untuk melayari internet. Program ini tamat lebih kurang dalam jam 5.30 petang setelah selesai sesi gotong-royong membersihkan rumah PERKEP yang digunakan untuk menjalankan program ini.