Program Advokasi

19 November 2016 | Berita Terkini

19 November 2016 : Program Kunjungan Mesra Ketua Polis Daerah Kudat yang baru telah dijalankan dengan kerjasama Surau Al-Ihsan PPR Taman Ehsan dan juga Pusat Internet 1 Malaysia gabungan Pi1M Pekan Kudat dan Pi1M PPR Taman Ehsan Bertempat di Surau Al-Ihsan PPR Taman Ehsan Kudat. Program bermula pada pukul 7:30 malam iaitu selepas Isyak dan seramai 100 orang penduduk yang hadir semasa acara tersebut. Antara acara yang dijalankan iaitu taklimat tentang program keselamatan yang akan dijalankan oleh pihak Polis, sesi suai kenal bersama-sama dengan Ketua Polis Daerah Kudat yang baru iaitu Tuan Supt. Douglas Taong, Majlis makan malam dan juga program advokasi.