GOTONG ROYONG PERDANA PANTAI KOMPENI C PGA KUDAT

08 December 2016 | Berita Terkini

08 DISEMBER 2016 – KHAMIS, Pusat Internet 1 Malaysia Kudat dan Kompeni C Pasukan Gerakan Am Kudat telah bekerjasama menjalankan satu lagi program iaitu Gotong Royong Perdana membersihkan pantai Kompeni C PGA Kudat. Program ini dirasmikan oleh Ketua Kompeni C iaitu ASP Mohd Zaiful B. Zahari diiringi oleh ketua Platun 9, Insp. Mohd Fikri, Kpl. Paisoon Bibit, Kpl. Jasdi Karim, Kpl Zaidun Abdullah Baijuri yang turut sama-sama turun padang membersihkan kawasan tepi pantai. Program ini dijalankan bertujuan untuk memupuk sifat tanggungjawab membersihkan kawasan sekeliling kediaman Kompeni C serta dapat menjaga keindahan dan kebersihan pantai. Dengan adanya program ini dapat memberikan peluang kepada warga Kompeni C untuk melakukan aktiviti riadah di tepi pantai. Seramai lebih kurang 35 orang termasuk anak-anak dan anggota Kompeni C sendiri turut terlibat dalam program ini. Program dijalankan bermula dari jam 3.00 petang dan berakhir dengan jayanya pada jam 5.00 petang.