PERTANDINGAN MEMANCING BERSAMA KELUARGA KOMPENI C PGA KUDAT

08 December 2016 | Berita Terkini

08 DISEMBER 2016 – KHAMIS, Pusat Internet 1 Malaysia Kudat dan Kompeni C Pasukan Gerakan Am Kudat telah bekerjasama menjalankan satu program iaitu Program Memancing Bersama Keluarga Kompeni C PGA Kudat Program ini dirasmikan oleh Ketua Kompeni C iaitu ASP Mohd Zaiful B. Zahari diiringi oleh ketua Platun 9, Insp. Mohd Fikri, Kpl. Paisoon Bibit, Kpl. Jasdi Karim, Kpl Zaidun Abdullah Baijuri. Program ini dijalankan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara anggota dan keluarga Kompeni C PGA Kudat yang mana sebahagian anggota yang sering ke luar daerah meninggalkan keluarga untuk menjalankan tugas. Selain itu, pihak Kompeni C juga ingin mendedahkan anak-anak kepada aktiviti luar seperti memancing dan lain-lain agar tidak terlalu menghabiskan masa dengan bermain gadget sahaja dan dengan adanya program seumpama ini, anak-anak muda tidak lagi menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Seramai lebih kurang 35 orang termasuk anak-anak dan anggota Kompeni C sendiri turut terlibat dalam program ini. Program dijalankan bermula dari seawal jam 7.00 pagi dan berakhir dengan jayanya pada jam 2.00 petang.