Mengenai PI1M

Maklumat PI1M Pekan Kudat

Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama Nusuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

Objektif penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1 Malayia juga dilaksanakan sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

Perkhidmatan lain yang disediakan:

ü  Menaip

ü  Kelas Komputer / ICT (Percuma Untuk Ahli)

ü  Sewa Bilik Mesyuarat

ü  Kemudahan WIFI Kepada Pengguna Komputer Riba

 

Maklumat Komuniti Pekan Kudat

 

            ASAL-USUL KUDAT DARI PERSPEKTIF LAGENDA TEMPATAN

Sejak dahulu, Kudat lebih dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai “Tanjong Berungus” dan kadangkala juga disebut dengan nama “Tambarungan”. Semasa kedatangan awal peniaga-peniaga Cina di Tanjung Berungus, mereka hairan melihat sejenis rumput yang tumbuh di merata-rata tempat. Kehairanan itu memaksa mereka ingin mengetahuinya daripada penduduk tempatan yang terdiri daripada suku kaum Rungus ( Penduduk asal daerah Kudat ) yang kemudiannya memberitahu bahawa rumput yang menjadi tandatanya di kalangan mereka itu ialah “Kutad” yang membawa maksud “rumput lalang” dalam bahasa Rungus. oleh kerana sebutan “Kutad” oleh peniaga-peniaga Cina itu tadi tidak tepat maka lahirlah nama “Kudat” yang asalnya daripada rumput lalang (Kutad) di mana kawasan yang ditumbuhi rumput berkenaan akhirnya menjadi pusat pertemuan peniaga-peniaga imigran dengan orang tempatan  untuk menjalankan aktiviti perniagaan berjual beli secara tradisi. Sementara cerita daripada suku kaum Binadan Kudat asalnya daripada perkataan “takkudad aku” yang membawa maksud “ Terkejut aku “ oleh salah seorang daripada suku kaum berkenaan yang terperanjat dengan bunyi sebuah kapal yang bernama “SANTI” ketika mereka berlayar dari Limau-Limauan ke Tanjung  Berungus. Peristiwa itu memberikan mereka idea dan bersetuju untuk menamakan Tanjung Berungus sebagai KUDAT.

 

Daerah Kudat mempunyai 3 buah pusat pentadbiran iaitu : -

Kudat Proper, Pekan Karakit  Banggi dan juga Pekan Matunggong.

 

 

 

 

KRONOLOGI SEJARAH PENTABDIRAN AWAL DAERAH KUDAT

Sejarah Kudat bermula sejak kurun ke 18 hingga Perang Dunia Ke-II berasaskan sumber-sumber manifestasi berikut:-

1.Sultan Amir dari Sulu menyerahkan hartanya di Borneo kepada East India Company. Bendera East India Company dikibarkan di Pulau Balambangan pada tahun 1763.

2.Skim penempatan dibuka oleh East India Company di Pulau Balambangan pada tahun 1773.

3.Penempatan di Pulau Balambangan diserang oleh Sulu pada tahun 1775 dan ditutup.

4.Pada tahun 1803 penempatan di Pulau Balambangan dibuka semula dan pada tahun berikutnya penempatan berkenaan ditutup sekali lagi.

5.Tercetusnya pemberontakan Sharif Osman terhadap Inggeris di Teluk Marudu pada 19.08.1845.

6.Kudat menjadi Ibu Negeri North Borneo (Sabah) pada 17.12.1881 hingga 1884.

7.Kedatangan pertama kaum Hakka di Sabah yang mendarat di Kudat pada 04.04.1883

8.Jepun menduduki Kudat pada 01.02.1942

9.Pusat pentadbiran Daerah Kecil Banggi diisytiharkan di Pekan Karakit pada  01.01.1975.

10.Sistem Residensi serta jawatan Residen Kudat dihapuskan di daerah Kudat dalam tahun 1979

 

KELUASAN KEDUDUKAN GEOGRAFI

Keluasan daerah Kudat adalah 1,287 KM persegi meliputi Semenanjung Kudat, Pulau Balambangan, Pulau Banggi, Pulau Malawali, Matunggong dan beberapa gugusan pulau kecil di sekitarnya. Bentuk muka bumi berbukit bukau. Cuaca tidak menentu dengan musim kemarau lebih panjang. Purata hujan tahunan 184 setahun.

 

KEGIATAN UTAMA EKONOMI

Kegiatan utama ekonomi daerah kudat tertumpuh kepada sektor pertanian. Seluas 54,723 Hektar adalah kawasan tanah yang sesuai untuk pertanian. Daripada jumlah terebut dianggarkan lebih kurang 32,960 hektar telah diusahakan untuk pelbagai tanaman yang berorientasikan tanaman jangka pendek dan jangka panjang. Sektor perikanan juga memainkan peranan utama dimana ianya penyumbang kedua terbesar selepas pertanian. Sektor ini dilihat semakin berkembang dengan wujudnya beberapa kilang yang mengusahakan industri perikanan. Hasil perikanan kebanyakkannya di eksport ke negara-negara luar seperti Taiwan, Jepun, Hong Kong dan lain-lain lagi.

 

 

 

 

 

 

KEPENDUDUKAN

Populasi penduduk bagi ketiga-tiga daerah dianggarkan 80,000.00 mengikut bancian pada 2005, dengan pecahan seperti berikut :-

 

Suku Kaum Rungus/Kadazan dan Dusun - 53.48%

Bumiputra Muslim - 32.59%

Cina - 13.40%

Lain-Lain Bangsa - 0.53%

 

Maklumat PI1M & Komuniti Pekan Kudat

Lokasi

Compound Pejabat Daerah Kudat

UST Area

Kudat

Daerah

Kudat

Negeri

Sabah

Populasi

80,000

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Tanaman Jangka Penjang dan Jangka Pendek), Perikanan

Jumlah Keahlian

(Setakat 30 September 2015)

1000

Lat/Long PI1M

6°52’53.5"N, 116°51’10.7"E

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Pemberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

10 Jun 2012

Maklumat Pengurusan PI1M

Pengurus

Nama: Tony S. Mondorusun

Email: tony.mondorusun@celcom1cbc.com

No. Telefon: 016-8151928

 

Penolong Pengurus

Nama: Siti Nor Dalifah El Denuary

Email: dalifah@celcom1cbc.com

No. Telefon: 013-5476007

Website

http://www.celcom1cbc.com/kudat

Kampung Tanpa Wayar

1. Zon Utara: Kg. Tanjung Kapor Hujung (Pole 12 Meter) – Rumah JKKK, En. Hj. Kalintong Tanduk

2. Zon Utara: Masjid Kg. Tanjung Kapor 2 (Pole 12 Meter)- Masjid Kg. Tanjung Kapor 2

3. Zon Utara: Perpustakaan Negeri, Kudat (Pole 12 Meter) – Perpustakaan Negeri, Kudat.

4. Zon Utara: Rumah Kuarters, Kudat

5. Zon Utara: Kg. Tambuluran (Pole 12 Meter) – Rumah Ketua Kampung, En. Samuel

6. Zon Utara: Kg. Rondomon (Pole 12 Meter) – Dewan Serbaguna Kg. rondomon

7. Zon Utara: Kg. Hobut (Pole 12 Meter) – Rumah Ketua Kampung, En. Ondili

 

Tempat-tempat Menarik

 

Tanjung Simpang Mengayau (Tips Of Borneo)

Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou, juga dikenali sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris adalah bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia. Merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Tanjung ini telah dibangunkan sebagai tarikan pelancong. Sebuah taman berbentuk persegi telah dibina dengan meletakkan tiang bendera Malaysia dan glob gangsa besar. Glob gangsa menandakan lokasi Tanjung Simpang Mengayau di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah timur dengan peta yang memaparkan pulau Borneo adalah timbul dan diletakkan di atas permukaan yang rata pada sudut dengan tulisan untuk menandakan Peta Borneo. Tanjung Sampang Mengayau juga menghidangkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam kepada pelancong. Setiap tahun Lembaga Pelancongan Sabah mengadakan “Sunset Music Fest” di Tanjung Simpang Mengayau ini yang disertai dari pemuzik-pemuzik dari serata dunia.

Nama asal Tanjung Sampang Mangazou berasal dari bahasa kaum Rungus, sebuah kumpulan etnik yang tinggal terutamanya di daerah Kudat. Tanjung (tanjung), Sampang (kesatuan) dan Mangazou (pertempuran) perkataan merujuk kepada lokasi ini pertempuran berlaku apabila Rungus etnik mempertahankan wilayah mereka terhadap serangan dari lanun. Menurut legenda, tempat ini adalah dijadikan kawasan pendaratan bagi lanun.

 

Gong

Kampung Sumangkap Matunggong di daerah Kudat, Sabah memang terkenal dengan industri gong mereka. Di sini juga terletaknya ‘Soludon‘, Gong Terbesar di Dunia. Rata-rata penduduk di daerah ini memang pandai membuat gong, dari yang kecil sehingga ke yang terbesar di dunia.

i) Kampung Sumangkap Matunggong

Kampung Sumangkap Matunggong adalah tempat yang terbaik untuk mendapatkan gong berkualiti pada harga yang rendah.

Ia terletak tidak jauh dari Pekan Matunggong, dikiri jalan raya dari Kota Belud ke Kudat dengan papan tanda besar menunjuk arah ke kampung ini. Terdapat juga sebuah gong yang besar ditepi jalan raya sabagai simbol tempat ini. Namun, jika masuk ke dalam kampung ini, anda akan berjumpa dengan gong yang terbesar di dunia sebagaimana yang tercatat dalam The Malaysia Book of Records.

ii) Gong Terbesar di Dunia

Gong Terbesar di Dunia ini dibuat pada tahun 2009 dan memakan masa 36 hari bagi membuatnya. Diketuai oleh penduduk kampung, Raimond Angkap yang juga merupakan pemain gong utama dalam kumpulan yang dinamakan Rumandawi di Kampung Sumangkap, mereka menghasilkan replika gergasi gong (yang boleh dimainkan) bagi meraikan Pesta Gong yang menjadi acara tahunan suku kaum Rungus di Sabah.

Anda boleh melihat gong gergasi ini di sebelah tepi padang, tidak jauh dengan pentas Kampung Sumangkap Matunggong.

Untuk masuk ke kawasan ini, anda perlu juga membayar tiket berharga RM 3 (dewasa) dan RM 2 (kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah). Selain dari gong terbesar di dunia, anda juga boleh melihat gong-gong lain dari yang terkecil hingga yang terbesar serta melihat sendiri proses bagaimana gong ini dibuat.

iii) Soludon

Berbalik kepada Gong Terbesar di Dunia tadi, diberi nama ‘Soludon‘ dan kos pembuatannya mencecah hingga RM5,600. Saiznya menjangkau 6 meter lebar, bahagian daunnya pula selebar 0.9 meter dan 2.1 meter tepi kaki.

Ia dihasilkan menggunakan 19 kepingan aluminium bersaiz 1.2 meter x 2.4 meter serta 2 milimeter tebal. Di bahagian tengahnya pula terukir beberapa perkataan yang berkaitan kemerdekaan negara. Projek gong gergasi ini di bawah tajaan Kraftangan Malaysia sepenuhnya.

Bagi mereka yang ingin menyaksikan sendiri gong gergasi ini, sila lah melawat Kampung Sumangkap di Matunggong yang kira-kira 2 1/2 jam perjalanan (memandu) dari Kota Kinabalu, Sabah. Untuk pengetahuan ramai, daerah Matunggong adalah antara daerah termiskin di negeri Sabah, maka anda bukan sahaja boleh meninjau industri gong di sana, malahan juga berbudi kepada mereka yang memerlukan.

 

Ladang Madu Lebah

Gombizau Honey Bee Farm ini telah wujud lebih 10 tahun yang lalu dan ia menghasilkan madu lebah bagi keperluan penduduk  tempatan dan orang luar yang berminat dengan rasa madu ‘asli’ yang datangnya terus dari sarang lebah. Bagi penduduk  tempatan, madu lebah boleh membantu mereka dari segi kesihatan dan mereka juga sukakan rasanya yang turut digunakan dalam  masakan tempatan. Ini telah dipercayai sejak bergenerasi yang lalu, maka kewujudan Gombizau Honey Bee Farm ini memanglah sesuatu bukannya dirancang secara tiba-tiba sahaja. Jalan masuk ke Gombizau Honey Bee Farm ini boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Jarak daripada jalan utama iaitu 1 km.

Setibanya di Gombizau Honey Bee Farm, anda boleh terus membeli madu-madu asli yang dijual di gerai di sana pada harga yang amat murah. Madu ini betul-betul ‘ASLI’ dan tidak di campurkan dengan apa-apa bahan sampingan yang lain.

Jika tidak percaya, cuba masukkannya ke dalam peti sejuk selama sehari dan perhatikan keadaan madu yang kekal segar dan tidak berbuih seperti madu campuran di pasaran.

Untuk masuk ke kawasan ladang lebah, anda hendaklah ke kaunter tiket dan membeli tiket terlebih dahulu. Harga tiketnya adalah RM 5 bagi dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak.

Ada pemandu pelancong di sana yang memberi penerangan tentang penternakan lebah di sana dan cara-cara menyesuaikan diri dalam ladang tersebut. Antara yang perlu diingat adalah jangan sesekali membunuh, memukul mahupun menghalau lebah-lebah yang mengerumuni anda. Tenang dan tunggu petugas di sana menghalau lebah dengan menggunakan asap.

Ladang lebah terletak di kawasan ladang pokok getah yang merupakan sumber pendapatan utama penduduk Kampung Gombizau. Penternakan lebah madu  hanyalah industri sampingan bagi mereka di samping ia merupakan tarikan pelancong yang datang ke daerah Kudat.

Sarang-sarang lebah terletak berdekatan dengan pokok-pokok getah dan anda boleh merasa madu asli dari indung lebah (honeycomb) jika mahu. Anda juga boleh memegang indung lebah dan bergambar untuk tujuan kenang-kenangan. Jangan takut bila memegangnya dan jangan cuba menghalau lebah dari badan dan muka anda.

 

Esplanade Sidek

Terletak di luar pusat bandar Kudat di sepanjang kawasan dermaga Teluk Marudu. Secara umumnya, Kudat terletak kira-kira 3 jam ke utara Kota Kinabalu. Adalah lebih baik untuk menyewa kereta dari Kota Kinabalu untuk lawatan pandu sendiri ke Kudat dan sekitarnya. Jika tidak, satu-satunya pilihan untuk ke pelbagai tempat tarikan pelancong di Kudat adalah dengan lawatan sewa khas yang mana tidak begitu menjimatkan dan tidak menawarkan fleksibiliti perjalanan terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali datang ke Kudat.

Kudat secara semula jadi diserikan dengan Scapes laut yang indah di sekelilingnya, adalah salah satu sebab pembinaan esplanade ini. Sidek Esplanade boleh dianggap sebagai pusat Jemaah di kalangan penduduk tempatan terutamanya pada waktu malam. Terdapat sebuah menara jam ikonik yang menandakan pintu masuk ke kawasan esplanade, bersama-sama dengan beberapa bangunan dan struktur lain.

Esplanade ini telah dibuka kepada orang ramai pada bulan April 2002. Pembukaannya telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah. Terdapat satu bahagian di Esplanade yang terdiri dari rumah-rumah terapung di mana nelayan tempatan menternak ikan laut komersial dalam sangkar. Pemandangan yang agak unik untuk dilihat

Esplanade hidup pada waktu malam kerana beberapa kedai makan yang mula beroperasi. Kawasan ini terkenal dengan makanan laut segar yang datang pada harga yang agak berpatutan. Hidangan makanan yang baik, ikan kukus dengan nasi dan sayur-sayuran. Terdapat pilihan lain iaitu dengan memilih ikan untuk dimasak dari sangkar untuk dimakan sesuai dengan kesegaran makanan laut tersebut.

 

Dataran Tomborungus

Satu-satunya pasar tamu atau pasar malam di daerah Kudat ni adalah dekat Pekan Tomborungus. Terletak di pekan Kudat. Pasar ini di buka pada pagi setiap hari Selasa hingga ke malam di Dataran Tomborungus. Tempat ini juga merupakan tempat pertemuan penduduk luar bandar dan bandar untuk menjual dan mempamerkan hasil daripada produk tempatan.

Di pasar ini pelbagai jualan daripada Bahan-bahan mentah seperti ikan, sayur dan buah-buahan. Kebanyakkan jualan ini adalah hasil tanaman daripada penduduk kampung sekitar daerah Kudat. Selain daripada itu juga, rumpai laut pun banyak dijual sini. Ramai yang mengetahui khasiat rumpai ini terutamanya untuk kecantikan dan kesihatan.