Ekonomi dan Keusahawanan

EKONOMI

Kegiatan utama ekonomi daerah Kudat tertumpu kepada sektor pertanian. Seluas 54,723 Hektar adalah kawasan tanah yang sesuai untuk pertanian. Daripada jumlah tersebut dianggarkan lebih kurang 32,960 hektar telah diusahakan untuk pelbagai tanaman yang berorientasikan tanaman jangka pendek dan jangka panjang. Sektor perikanan juga memainkan peranan utama dimana ianya penyumbang kedua terbesar selepas pertanian. Sektor ini dilihat semakin berkembang dengan wujudnya beberapa kilang yang mengusahakan industri perikanan. Hasil perikanan kebanyakkannya di eksport ke negara-negara luar seperti Taiwan, Jepun, Hong Kong dan lain-lain lagi.

KEUSAHAWANAN  

Seiring dengan pembangunan negara, bidang keusahawanan turut berkembang di daerah Kudat khasnya. Pelbagai produk hasil daripada pertanian dan sektor-sektor lain telah dikomersialkan oleh para usahawan di daerah Kudat untuk dijual di pasaran dalam negara dan juga di luar negara.

 


1.       

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.