Kemudahan Awam

KEMUDAHAN AWAM YANG DISEDIAKAN DI DAERAH KUDAT

PERJALANAN UDARA ( MASWING ) : Daerah Kudat dapat dihubungi melalui udara dengan menggunakan kapal terbang. Perkhidmatan udara satu ( 1 ) kali seminggu dari Kudat/Sandakan/Kota Kinabalu dengan menggunakan pesawat MAS dari jenis “ Piper Cherokee “ yang boleh membawa penumpang seramai 18 orang sekali penerbangan.

PERJALANAN LAUT ( FERI )  : Bagi pengunjung yang ingin melawat ke Pulau Banggi, feri bersedia membawa anda ke kepulauan berkenaan. Dua syarikat feri sedang beroperasi di daerah Kudat dengan perjalanan 2 kali sehari.

PERJALANAN DARAT: Perjalanan dari Kudat ke Ibu Negeri, Kota Kinabalu boleh dihubungi dengan lebuhraya sejauh 201.25Km. Sementara dibeberapa kawasan dan kampung, sebahagian besar jalanraya sudah berturap dan kelikir serta perkhidmatan bas juga turut disediakan dari Kudat ke Kota Kinabalu dan dari Kudat ke Sandakan manakala perkhidmatan kereta sewa juga disediakan untuk ke mana-mana destinasi di seluruh Kudat mahupun seluruh Sabah.

KEMUDAHAN PERBANKAN :  Beberapa buah bank terdapat di Daerah Kudat yang disediakan bagi keperluan umum bagi memudahkan penduduk khususnya yang berada di luar bandar ekoran kedudukan lokasi Daerah Kudat yang jauh dari Ibu Negeri Sabah (Kota Kinabalu).  Antara bank yang ada di Daerah Kudat adalah Malayan Banking Berhad (Maybank), Bank Simpanan Nasional (BSN), AmBank Berhad, dan Agro Bank yang berada di sekitar Pekan Kudat.
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.