Maklumat Tempatan

Kudat adalah sebuah bandar dan daerah di Sabah, Malaysia timur, di utara pulau Borneo. Ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandar-bandar Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir.

Kudat terletak di utara Sabah, iaitu kira-kira 190 kilometer di utara Kota Kinabalu. Di barat Kudat, menghadap Laut China Selatan, dan di timur Kudat menghadap laut sulu. Kudat terletak pada garis lintang 6°55'utara, garis bujur 116°50'timur.

Penduduk Kudat (anggaran 1991) adalah 56,000. Komposisi etnik yang utama ialah Rungus, merupakan sub-etnik bumiputra kadazan. Kira-kira 10% penduduk adalah etnik Cina, dan terdapat juga minoriti etnik Bajau, Dusun, Murut, Bugis, Suluk dan Melayu. Bagaimanapun, terdapat juga pendatang asing daripada Mindanao dan kepulauan Sulu.Walau bagaimanapun 51% penduduk Daerah Kudat adalah bumiputera beragama islam ( Bajau Bannaran,Ubian,Sungai, Brunei,Bajau dan Kagayan ), ikuti bumiputera etnik Rungus 30% dan etnik Cina 19%.

Bandar ini ditubuhkan oleh A H Everett daripada British North Borneo Company (Syarikat British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri pertama British Borneo Utara, hal ini disebabkan lokasi geografi yang strategik. Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran dan Вajau Úbian iaitu kata "Takudat" yang bermakna Terkejut. Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim ( beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun. Hj Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam ) yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan ( Kudat ).

Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal Besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai Kudat. Tindakan ini mengejutkan Hj Abdul Rahim dan mengatakan beliau "Takudat" atau terkejut dengan peristiwa ini.[perlu rujukan] Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat. A H Everett telah menerangkan kedatangan beliau ke Kudat dan menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada Kompeni British dan pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu. A H Everett bertanyakan kepada Hj Abdul Rahim apakah nama tempat itu. Hj Abdul Rahim menerangkan bahawa tempat itu belum bernama tetapi mengatakan beliau 'tekudat' atau terkejut dengan kedatangan pihak kompeni.[nyatakan menurut siapa?] A H Everett mengulangi kata-kata KUDAT! dalam loghat British dan menyebut Yes Kudat. Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai KUDAT. Walau Bagaimanapun, setelah berkali-kali diserang oleh lanun , selepas beberapa tahun British beralih ke pelabuhan Sandakan yang lebih selamat di timur Sabah.

SUMBER : http://ww2.sabah.gov.my/lbk/index.php


KRONOLOGI SEJARAH PENTABDIRAN AWAL DAERAH KUDAT

Sejarah Kudat bermula sejak kurun ke 18 hingga Perang Dunia Ke-II berasaskan sumber-sumber manifestasi berikut:-

1.Sultan Amir dari Sulu menyerahkan hartanya di Borneo kepada East India Company. Bendera East India Company dikibarkan di Pulau Balambangan pada tahun 1763.

2.Skim penempatan dibuka oleh East India Company di Pulau Balambangan pada tahun 1773.

3.Penempatan di Pulau Balambangan diserang oleh Sulu pada tahun 1775 dan ditutup.

4.Pada tahun 1803 penempatan di Pulau Balambangan dibuka semula dan pada tahun berikutnya penempatan berkenaan ditutup sekali lagi.

5.Tercetusnya pemberontakan Sharif Osman terhadap Inggeris di Teluk Marudu pada 19.08.1845.

6.Kudat menjadi Ibu Negeri North Borneo (Sabah) pada 17.12.1881 hingga 1884.

7.Kedatangan pertama kaum Hakka di Sabah yang mendarat di Kudat pada 04.04.1883

8.Jepun menduduki Kudat pada 01.02.1942

9.Pusat pentadbiran Daerah Kecil Banggi diisytiharkan di Pekan Karakit pada  01.01.1975.

10.Sistem Residensi serta jawatan Residen Kudat dihapuskan di daerah Kudat dalam tahun 1979

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.