Berita & Aktiviti Terkini

Program Senamrobik Bersama Komuniti

26 November 2017 | Berita Terkini

18|11|17 PI1M PEKAN BAGAN DATUK-Selaras dengan misi negara untuk mewujudkan komuniti yang sihat dan cergas,Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M ) Pekan Bagan Datuk mengambl inisiatif dengan menjayakan program senamrobik bersama komuniti Perumahan Awam Bagan Datuk bertempat di Padang Futsal Perumahan Awam. Senamrobik merupakan senaman asing lagi bagi kita ianya merupakan salah satu jenis senaman atau gerak latihan berirama menggunakan muzik serta kombinasi kaki.Acara bermual seawal 7.30 Pagi dimulai dengan pendaftaran peserta;. Acara ini diketusi oleh 3 orang ahli PI1M iaitu Husna Maisarah,Siti Aisyah dan Maizatul Adawiyah dengan membawa 5 rentak pergerakan senamrobik beserta... read more

Program Memasak Bersama Suri Rumah - SHELLOUT

26 November 2017 | Berita Terkini

22|11|17 BAGAN DATUK- Pada hari selasa yang lepas,Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Bagan Datuk telah menganjurkan program masakan  bersama suri rumah kawasan perumahan Awam Bagan Datuk.Tenaga Pengajar iaitu Puan Haryati Yom telah mengajari resepi yang menjadi viral dan buah mulut orang ramai di media massa.Konsep hidanga seafood tanpa menggunakan pinggan. Bahan utama untuk masakan SHELLOUT ini ialah bahan seafood  seperti kerang, lala,ketam ,udang,sotong.Bahan sampingan yang lain juga seperti  lemon ,jagung dan brokoli menjadikan masakan SHELLOUT ini menjadi menarik lagi.   Anggaran harga pasaran SHELLOUT  untuk untuk seorang antara RM 18 dan keatas.Ianya juga ada dipelbagaikan perisanya... read more

MAJLIS PENGHARGAAN SEMPENA PROGRAM IIV 2017 BAGAN DATUK

15 November 2017 | Berita Terkini

IPOH (15/11/2017) - Majlis Penghargaan Sempena Program IIV 2017 Bagan Datuk telah dijayakan di Hotel Impiana, Ipoh. Majlis yang dijalankan secara santai bagi menghargai usahasama pengurus dan penolong pengurus yang terlibat dalam menjayakan program IIV 2017 Bagan Datuk dimana bukan sahaja kluster Bagan Datuk sahaja yang terlibat malah melibatkan kluster Teluk Intan dan juga kluster Perak Tengah. Penghargaan utama berbentuk sijil telah diberikan kepada pengurus dan penolong pengurus PI1M Rungkup yang menjadi tuan rumah kepada Program IIV 2017 Bagan Datuk tersebut. Majlis yang bertemakan ‘lunch buffet’ ternyata santai dan semua... read more

Kisah Kejayaan Usahawan Pi1M - Ropeah Bt Mat Chek

22 November 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Ropeah merupakan pengusaha tanaman bunga-bungaan hiasan dari rumah. Beliau juga menerima tempahan menjahit baju, tempahan kuih tradisional seperti kuih bakar dan cakar ayam, tempahan kek dan juga halwa khusus untuk majlis-majlis pertunangan dan perkahwinan. Menurut beliau, semua perusahaannya bermula dari hobi pada sekitar umurnya 25 tahun. Pada ketika itu, beliau merupakan pendidik di KEMAS. Beliau menceritakan bahawa modal permulaan daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia mendorongnya untuk meneruskan hobinya untuk menjana pendapatan tambahan. Kini, beliau telah menamatkan perkhidmatan setelah 30 tahun menjadi pendidik KEMAS dan menumpukan sepenuh masanya dalam perusahaannya.... read more

Fiesta NBOS Sayang Malaysia

21 November 2017 | Berita Terkini

Hutan Melintang (19/11/2017) - Fiesta NBOS Sayang Malaysia merupakan satu fiesta yang meriah melibatkan penduduk sekitar kawasan Hutan Melintang, Bagan Datuk, Teluk Intan malah sehingga ke Sabak Bernam, Selangor dimana program tersebut telah dirasmikan dengan gilang-gemilang oleh YAB Dato Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Parlimen Bagan Datuk. Fiesta ini amat mendapat sambutan penduduk setempat dan orang ramai walaupun mereka terpaksa berasak-asak ke fiesta tersebut. Pelbagai agensi yang terlibat, kerajaan mahupun persendirian mengadakan pameran, jualan, permainan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Disamping itu,... read more

Kisah Kejayaan Celik IT - Mohamed Khir Omar

21 November 2017 | Kisah Kejayaan

Mohamed Khir Omar berusia 62 tahun merupakan ahli PI1M Pekan Bagan Datuk. Beliau merupakan salah seorang warga emas yang berminat untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam lagi. Beliau telah mengikuti kelas latihan berkenaan perbankan atas talian. Beliau yang mempunyai akaun Maybank berminat menggunakan kemudahan Maybank2u. Sebelum ini, beliau terpaksa ke cawangan bank yang lokasinya agak jauh dan terpaksa menuggu giliran hanya untuk mendapatkan penyata bank. Namun kini atas faktor umur dan kesihatan, beliau amat sukar untuk berurusan dengan pihak cawangan bank. Encik Mohamed Khir mengambil keputusan untuk mencari alternatif lain... read more

Program Memasak Bubur Asyura Anjuran Jiran Wanita Kelab Rukun Tetangga Bagan Datuk

30 October 2017 | Berita Terkini

MASJID ALQURO PEKAN BAGAN DATUK ( 18/11/2017 )- Bersempena kedatangan sambutan Awal Muharam yang lepas,Biro Jiran Wanita di bawah Kelab Rukun Tetangga Bagan Datuk kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura yang bertempat di ruangan memasak Masjid Al Quro.Sedikit pengertian mengenai Bubur Asyura ini ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura . Ia juga dikenali sebagai sugha.  Menyingkap sejarah Hari Asyura yang disambut pada setiap 10 Muharram tahun Hijrah merupakan hari besar dalam kalendar tahunan Islam. Ia merupakan hari yang sarat dengan pelbagai... read more

Art of Rangoli

29 October 2017 | Berita Terkini

PI1M PEKAN BAGAN DATUK (24/10/2017) – Seni Rangoli atau ‘kolam’ merupakan seni berasal daripada budaya India yang sering mewarnai perayaan khususnya perayaan Deepavali. Seni ini menyerlahkan rekaan yang berunsurkan motif burung merak ataupun bunga yang dibentuk menggunakan beras berwarna, pasir berwarna atau pun serbuk berwarna. Seni kolam memerlukan pemikiran yang kreatif kerana lukisan dan susunan medium berwarna akan bergabung dan menghasilkan ‘kolam’ yang menarik perhatian. Kesemua peserta yang hadir rata-rata amat terhibur dan menyusun beras berwarna dengan tekun bagi mengelakkan beras yang disusun berterabur dan bercampur-campur. Bagi peserta wanita mereka... read more

Program Sukaneka Sempena Hari Sukan Negara

26 October 2017 |

TADIKA KEMAS BAGAN DATUK ( 14/10/2017 ) –Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktobersetiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dimana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikanMalaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan !Sporting Nation".Di kesempatan itu,Tadika dan Taska Kemas di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah kerjasama dengan Perpustakaan Awam Bagan Datuk  telah mengadakan Program Sukaneka yang disertai oleh komuniti setempat kawasan Perumahan Awam Bagan Datuk Acara bermula seawal  7.30 Pagi dimulai dengan... read more

Program Budaya Membaca Bersama Perpustakaan Awam Bagan Datuk

25 October 2017 | Berita Terkini

PI1M PEKAN BAGAN DATUK (19/10/2017 )- Sebagaimana yang diketahui dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Jesteru itu, Pusat Internet 1 Malaysia dan Perpustakaan Awam Bagan Datuk  telah mengadakan Program Budaya Membaca yang disertai seramai 25 orang pelajar sekolah  rendah dan menengah. Program bermula dimana para pelajar mula berkumpul seawal 9.30 pagi di Pusat Internet Pekan Bagan Datuk sebelum bergerak secara beramai- ramai ke Perpustakaan Awam.Sebelum memulakan acara,Puan Huraizah selaku Pengurus Perpustakaan Awam Bagan Datuk memberi ucapan pendehaluan tentang pentingnya menerapkan sikap budaya... read more

lagi berita & aktiviti