Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) PRA-U SMK Madai, Kunak

22 June 2017 | Berita Terkini

PI1M PEKAN KUNAK

LAPORAN AKTIVITI JUNE 2017

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK PRA-U SMK MADAI 2017 – PI1M Pekan Kunak

Tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan program kesedaran awam – Kempen Keselamatan Internet dengan 'Klik dengan Bijak ("Klik Bijak") sebagai tema utama yang bertujuan untuk keselamatan, keselamatan dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet. Dengan itu, seramai 50 orang pelajar PRA-U Sekolah Menengah Kebangsaan Madai, Kunak telah menyertai Program Advokasi Klik Dengan Bijak anjuran bersama PI1M Daerah Kunak dan pihak pengurusan sekolah pada 21 June 2017 bertempat di Dewan SMK Madai, Kunak. Objektif utama program ini bertujuan untuk mendidik sekaligus mengukuhkan lagi kesedaran pengguna internet untuk lebih waspada ketika melayari internet, terutama sekali kepada pelajar remaja.

Pengisian program ini tertumpu kepada slot Pengenalan PI1M yang disampaikan oleh Pengurus PI1M Kg. Airport, Pn Kasmidah Madami dengan memberi penerangan ringkas mengenai servis dan kemudahan yang terdapat di PI1M. Selain itu, promosi mengenai Latihan ICT, Latihan Usahawan dan Program Smart Learning USM turut diperkenalkan kepada pelajar yang hadir. Seterusnya, taklimat Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh Pengurus PI1M Pekan Kunak, Pn. Noor Adilah Mohd Farid dengan menekankan beberapa aspek penting mengenai keselamatan diri dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet. Termasuklah topik berkenaan maklumat palsu, buli siber, penipuan kewangan dan topik perkongsian secara berlebihan. Di samping itu, taklimat ringkas mengenai aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang telah disampaikan kearah mendidik peserta, mahupun ahli keluarga mereka yang terdekat untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa atau pemangsa jenayah siber yang semakin berleluasa di negara kita pada masa kini.

Selain itu, kempen baharu yang diperkenalkan oleh pihak MCMC melalui PI1M, kempen Check Your Label dan E-Waste disampaikan oleh Cik Juleah Rente selaku Pengurus PI1M Kg. Kadazan. Kempen ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan dan kesedaran mengenai pemeriksaan kepada alat telekomunikasi yang selamat dan menepati spesifikasi yang diluluskan oleh MCMC. Manakala E-Waste pula memberi pendedahan kepada pelajar yang menyertai program untuk mengamalkan system buangan bahan elektronik secara berhemah dan selamat. Di akhir program ini, pelajar yang hadir juga diberi peluang untuk menyertai Kuiz KDB yang disediakan oleh pihak PI1M.

Akhir sekali, dengan pendekatan seumpama ini yang dimulakan dengan mensasarkan golongan remaja kerana mereka lebih mudah terdedah kepada ancaman jenayah. Selain itu, peserta yang tidak terdedah kepada pengetahuan awal mengenai kesedaran dan keselamatan diri ketika menggunakan internet, melalui program seumpama ini boleh menambah pengetahuan mereka mengenai langkah yang perlu diambil untuk mengelak dari menjadi mangsa mahupun menjadi pemangsa jenayah-jenayah siber.