KLIK DENGAN BIJAK & BENGKEL KERJAYA SMK KUNAK 2017

28 July 2017 | Berita Terkini

PI1M PEKAN KUNAK

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2017

BENGKEL SPA8i ONLINE, PENULISAN RESUME & TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA PELAJAR PRA-U SMK KUNAK, KUNAK

 

PI1M Daerah Kunak telah bekerjasama dengan pihak pentadbir SMK Kunak dengan mengadakan Bengkel SPA8i Online, Penulisan Resume dan Taklimat Ringkas menghadiri temuduga kepada 108 orang pelajar Pra-U pada 27hb Julai 2017. Program ini merupakan bengkel ringkas yang diadakan khas kepada pelajar lepasan SPM yang juga merupakan pelajar yang telah berjaya menduduki tempat di Pra-U SMK Kunak bagi tahun 2017. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk mengisi permohonan jawatan SPA secara atas talian. Disamping itu, pelajar juga mempelajari tips penulisan resume yang berkesan serta tips menghadiri temuduga.

Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Kunak yang diwakili oleh Pengurus dan Penolong Pengurus kelima-lima PI1M memulakan taklimat SPA8i, slot Permohonan Jawatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang disampaikan oleh Cik Juleah Rente. Melalui taklimat ini, pelajar diberikan pendedahan awal dan ringkas mengenai cara dan tips membuat permohonan jawatan SPA8i secara atas talian melalui portal rasmi SPA. Slot kedua yang telah disampaikan Pn. Kasmidah Madami selaku Pengurus PI1M Kg. Airport menekankan beberapa aspek yang penting ketika menghadiri temuduga. Pelajar diberi pendedahan mengenai gambaran ketika menghadiri temuduga yang perlu dititikberatkan seperti pakaian, penampilan dan tips-tips lain yang berkaitan. Dan seterusnya, slot bertajuk Tips Penulisan RESUME yang berkesan telah disampaikan oleh Pengurus PI1M Kg. Lormalong, En. Azizul Karamdin. Melalui slot ini, ianya sedikit sebanyak membantu pelajar mengetahui cara penulisan resume yang berkesan dan efektif bagi tujuan pencarian pekerjaan di masa akan datang.

 Selain itu, pada program ini juga pelajar yang hadir diberikan peluang untuk menjalankan aktiviti teka silang kata secara berkumpulan yang dikoordinasi bersama oleh Cik Sazlein Azlein dan Cik Isnahwaty Hussein wakil dari PI1M Pekan Kunak dan PI1M Kg. Hampilan. 3 kumpulan terbaik berjaya menjawab soalan dengan tepat dan pantas telah merangkul hamper sumbangan PI1M Daerah Kunak. Selain itu, diakhir program juga pelajar diberikan advokasi Klik Dengan Bijak melalui video-video ringkas yang memaparkan pelbagai jenis jenayah siber yang kian berlaku di negara kira. Diharapkan dengan adanya pendekatan ini dilakukan, ianya bukan semata untuk memperkenalkan perkhidmatan PI1M kepada umum mengenai fungsi dan misi yang boleh membantu masyarakat umum untuk tujuan pekerjaan dan seumpamanya. Malahan, program/bengkel seperti ini adalah lebih kepada memberi pelajar bayangan tentang alam pekerjaan agar para pelajar ini tidak tersasar dalam mencapai cita-cita mereka.

 

108 orang pelajar Pra-U SMK Kunak  yang telah menghadiri bengkel SPA8i Online, Penulisan Resume Berkesan dan Taklimat Ringkas Menghadiri Temuduga pada 27 Julai 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kunak.

 

     

Bengkel SPA8i Online, Penulisan Resume Berkesan dan Taklimat Ringkas Menghadiri Temuduga oleh PI1M Daerah Kunak pada 27 Julai 2017, SMK Madai, Kunak.

   

PI1M menerima penghargaan dari pihak SMK Kunak

  

Senarai Nama Pelajar