ADVOKASI KDB PESERTA PROGRAM EXPLORACE KDB PI1M DAERAH KUNAK - SMK MADAI, KUNAK

15 August 2017 | Berita Terkini

PI1M PEKAN KUNAK

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2017

ADVOKASI KDB PESERTA PROGRAM EXPLORACE KDB PI1M DAERAH KUNAK

Tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan program kesedaran awam – Kempen Keselamatan Internet dengan 'Klik dengan Bijak ("Klik Bijak") sebagai tema utama yang bertujuan untuk keselamatan, keselamatan dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet.

Dengan itu, Pusat Internet 1 Malaysia  Pekan Kunak dengan kerjasama pihak jawatankuasa Sambutan Kemuncak Hari Ko-Kurikulum SMK Madai telah bersama-sama menjayakan program Advokasi “Klik Dengan Bijak” kepada 74 orang peserta Explorace KDB dan Urusetia yang membantu pihak PI1M untuk menjalankan program tersebut. Program ini telah diadakan pada 12 Ogos 2017 bertempat di Dewan SMK Madai, Kunak. Pengisian program ini tertumpu kepada taklimat ringkas dan padat yang disampaikan oleh Penolong Pengurus PI1M Kg Airport; En Sabri Kure dengan menekankan beberapa aspek penting mengenai keselamatan diri dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer dan internet; termasuk topic ‘Oversharing’, Kesahihan Maklumat, Pembuli Online dan Penipuan Kewangan. Selain itu, penyampaian taklimat melalui tayangan video keselamatan juga memberi gambaran yang jelas mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri ketika menggunakan internet.

Dengan itu, matlamat utama bagi pendekatan ini perlu dimulakan dengan mensasarkan golongan ibu bapa dan kanak-kanak kerana mereka lebih mudah terdedah kepada ancaman jenayah. Disamping itu, melalui advokasi ini juga diharapkan agar pelajar sentiasa berwaspada terhadap jenayah buli dikalangan pelajar sekolah yang menjadi viral pada awal Ogos lepas. Selain itu, kadar jenayah siber yang kian meningkat di negara kita juga perlu dibendung bagi mengelakkan ramai pengguna menjadi mangsa mahupun menghindari mereka dari menjadi pemangsa jenayah siber online. Selain itu, melalui program ini juga diharapkan agar PI1M lebih dikenali oleh orang ramai dan mampu memberikan output yang positif untuk pelajar-pelajar sekolah khususnya.