( TABIKA KEMAS IPD  )PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

01 November 2016 | Berita Terkini

PI1M PEKAN KUNAK

LAPORAN AKTIVITI  OKTOBER 2016

( TABIKA KEMAS IPD  )PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

 

Musim persekolahan sudah berada hampir di penghujungnya. Namun dengan semangat ingin tahu dan ingin belajar perkara baru seperti pengetahuan ICT khasnya,  baru-baru ini, satu Program Lawatan Sambil Belajar bersama Tabika Kemas IPD   telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Kunak. Program ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa, kesedaran terhadap pentingnya pengetahuan ICT, bukan sahaja harus dipupuk pada pertengahan usia ataupun pada usia remaja, namun ianya juga harus dipupuk dan diterapkan seawal usia 5 tahun, selari dengan peredaran zaman pada masa kini. Program selama 3 jam ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama daripada staff Pi1M Daerah Kunak.

            Dalam program ini, pelajar telah didedahkan dengan teknologi ICT secara atas talian bagi memudahkan mereka untuk belajar mengenal huruf dan nombor. Selain itu, pendedahan awal kempen “Klik Dengan Bijak” dan juga pengenalan mengenai Pusat Internet 1Malaysia juga turut disampaikan kepada para pelajar. Pada akhir program ini, pertandingan mewarna yang bertemakan “Klik Dengan Bijak” telah dijalankan bagi membangkitkan rasa seronok mempelajari ICT di dalam diri pelajar. Saguhati dan hadiah diberikan kepada pemenang dan peserta pertandingan mewarna, sebagai tanda menghargai kesungguhan para pelajar sepanjang program ini. Cenderahati turut diserah kepada wakil Guru tabika, sebagai tanda terima kasih Pi1M Daerah Kunak, dalam menjayakan program ini.