EKSPO KEMERDEKAAN – PAMERAN PI1M DAEARAH KUNAK

23 November 2016 | Berita Terkini

PI1M PEKAN KUNAK

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2016

EKSPO KEMERDEKAAN – PAMERAN PI1M DAEARAH KUNAK

 

PI1M Daerah Kunak telah menyertai Ekspo Kemerdekaan yang telah diadakan pada 25 September 2016 bertempat di perkarangan SK Mostyn, Kunak. Ekspo ini adalah bertujuan untuk mengerjakan program amal mengumpul dana bagi pembinaan Mini Dewan sekolah. Selain itu, penglibatan PI1M dalam ekspo ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan PI1M kepada pengunjung ekspo sekaligus mengadakan aktiviti-aktiviti kenegaraan & ICT bersama pengunjung ‘booth’.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di ‘booth’ PI1M termasuklah; Teka dan Menang, Kuiz Kemerdekaan, Kuiz ICT, Kuiz KDB, Teka Silang Kata dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak. Kira-kira melebihi 100 orang pengunjung telah datang ke ‘booth’ PI1M dan menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan. Selain itu, promosi Advokasi Klik Dengan Bijak, Smart Learning USM, Latihan Ushawan, Kelas ICT dan promosi perkhidmatan PI1M turut dijalankan di ‘booth’ PI1M. Seramai 15 orang pemenang telah diberikan hadiah berupa mini hamper Sumbangan PI1M Daerah Kunak bagi kelima-lima aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Ekspo Kemerdekaan tersebut.

   Diharapkan dengan penglibatan PI1M pada ekspo ini dapat membuka mata para pengunjung mengenali fungsi PI1M kepada komuniti setempat. Selain itu, pengisian program sepanjang ekspo tersebut juga mampu memberikan input yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar dan pengunjung yang telah hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.