HARI TERBUKA PI1M PEKAN KUNAK

29 November 2016 | Berita Terkini

                                                             PI1M PEKAN KUNAK

                                                          LAPORAN AKTIVITI 2016

 

Hari terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kunak ( 2 November 2016 ,  Rabu) adalah sambutan ulangtahun ke – 6 telah menganjurkan pelbagai aktiviti bersama wanita Pusat Internet 1 Malaysia . Program ini merupakan usaha pihak Pi1M Daerah Kunak untuk memberi peluang kepada Komuniti sekitar kawasan Pekan Kunak serta lain-lain mukim untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan. Komuniti juga akan lebih mengenali Pi1M Pekan Kunak dengan lebih mendalam lagi.

Selain itu, program ini telah mengeratkan lagi silaturrahim diantara pihak pengurusan Nusuara, Celcom & SKMM dengan masyarakat dimana peluang ini dapat digunakan untuk mendalami lagi situasi komuniti di sini disamping dapat menjana idea bersama untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan Pi1M. Aktiviti yang dianjurkan ini bukan sahaja semata-mata untuk mempromosikan Pi1M tetapi ia lebih kepada mewujudkan muhibbah di antara pihak Pi1M dengan komuniti setempat.  Bersempena dengan program  ini dapat memperkukuhkan lagi kedudukan serta kestabilan Pi1M dimata masyarakat khususnya masyarakat sekitar Pekan Kunak agar Pi1M dapat memberikan  kemudahan ICT kepada masyarakat sejajar dengan matlamat menjadikan Pi1M sebagai pusat pengembangan ilmu.

Terima kasih juga dan tahniah diucapkan kepada wakil Puspanita Kunak , para peserta dan usahawan Kunak yang sama –sama menjayakan hari tersebut.