LATIHAN USAHAWAN NOVEMBER 2016

29 November 2016 | Berita Terkini

PEKAN KUNAK

LAPORAN AKTIVITI  NOVEMBER 2016

LATIHAN USAHAWAN SIRI NOVEMBER

            Seramai  2 peserta  menyertai Sesi Kelas Usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kunak pada tahun 2016 ini . Kursus ini diadakan selama 2 hari bertempat di Bilik  ICT PI1M Pekan Kunak. 

            Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kunak  memulakan  dengan video Puan Kabilah Hassan ( Pengusaha Rumpai Laut Dari Kunak , Sabah ) yang bertajuk “ Segalanya Mungkin Dengan Jalur Lebar “ dan diakhiri dengan pengenalan Pusat Internet 1 Malaysia. Beberapa usahawan turut diketengahkan antaranya adalah Puan Sariyamana Sabur yang merupakan Usahawan Kerepek yang berpendapatan dari RM200.00 dan kini RM5000.00 setelah menggunakan perkhidmatan PI1M sebagai tempat memperlajari “Perniagaan Online “ . Selain itu , PI1M turut memperkenalkan “ Latihan Usahawan “ , “Celcom Buzzaar” , “ Mudah.My “ dan beberapa tips dalam perniagaan online atau internet.

          Dengan jayanya seramai semua peserta ini Berjaya mengabiskan latihan mereka dan keluar dari PI1M ini dengan adanya sekurang-kurangnya satu kedai online mereka.