KLIK DENGAN BIJAK SIRI DISEMBER 2016

23 December 2016 | Berita Terkini

PI1M PEKAN KUNAK

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2016

KLIK DENGAN BIJAK SIRI DISEMBER 2016

 

Tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan program kesedaran awam – Kempen Keselamatan Internet dengan 'Klik dengan Bijak (Klik Bijak) sebagai tema utama yang bertujuan untuk keselamatan, keselamatan dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet.

 

Sehubungan itu, Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kunak telah menjayakan program “Klik Dengan Bijak Siri 5 kepada 5 orang peserta. Program ‘Klik Dengan Bijak’ ini telah diadakan pada 3 Disember 2016, bermula dari pukul 1.00 sehingga pukul  5.00 petang yang bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Kunak.

Pengisian program ini tertumpu kepada taklimat Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh Penolong Pengurus PI1M Pekan Kunak Encik Mohammad Yusuf Miru, dengan menekankan beberapa aspek penting mengenai keselamatan diri dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet. Di samping itu, taklimat ringkas mengenai Pengenalan PI1M.

Setelah tamat slot taklimat KDB, semua pelajar diberi peluang untuk menjawab kuiz pantas berkenaan pengetahuan asas berkenaan internet dan alam maya. Dengan itu, pendekatan seumpama ini dimulakan dengan mensasarkan golongan muda dan dewasa kerana mereka lebih mudah terdedah kepada ancaman jenayah. Selain itu, memandangkan ada sebilangan dari pengguna tidak terdedah kepada pengetahuan awal mengenai kesedaran dan keselamatan diri ketika menggunakan internet, dengan itu melalui program seumpama ini boleh menambah pengetahuan para pelajar mengenai langkah yang perlu diambil untuk mengelak dari menjadi mangsa mahupun menjadi pemangsa jenayah-jenayah siber.