Mengenai PI1M

Maklumat PI1M Pekan Kunak

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia  ( PI1M ) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang tiada perkhidmatan di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (USP). Melalui penubuhan PI1M , diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan inisiatif Negara untuk menyambungkan perbezaan diantara komuniti desa dan bandar, sebaris dengan objektif yang digariskan di dalam Strategi Pelaksanaan Jalur Lebar dan Teknologi Peta Jalan MyICMS 886.

Setiap Pusat Internet 1 Malaysia  ( PI1M ) yang telah ditubuhkan mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti desa menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer. Malahan PI1M turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dengan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara online .

         Pusat Internet 1 Malaysia kini berfungsi sebagai pusat ilmu yang menawarkan latihan asas dan capaian kepada maklumat berkaitan dengan pendidikan , pekerjaan , pertanian dan kesihatan. Terdapat banyak kisah kejayaan dikalangan usahawan yang telah menggunakan kemudahan ini dalam perkembangan perniagaan mereka. Para pelajar yang menjadi pengguna utama telah mendapat manfaat besar dalam kemahiran . PI1M bertindak sebagai platform pembangunan modal insan dan pembinaan kapasaiti melalui penyebaran pengetahuan menerusi capaian perkhidmatan komunikasi. PI1M juga bertindak sebagai platform kesedaran tentang produk dan perkhidmatan komunikasi dan sebagai pemangkin bagi aktiviti promosi , pemasaran dan titik jualan bagi perkhidmat akses jalur lebar inidividu.      PI1M Pekan kunak mulai dibuka kepada orang ramai pada 23.05.2010 (Ahad) bersamaan dengan 11 Jamadilakhir 1431.

 

Maklumat Komuniti Pekan Kunak

 Nama Pekan Kunak didasarkan kepada nama sebuah kapal yang pernah berlabuh di Teluk Lahad Datu (dahulu dikenali sebagai Darvel Bay). Kapal dalam kelas 5,000 tan tersebut adalah kepunyaan Straits Steamship Company yang dibeli dari sebuah syarikat perkapalan Belanda, KPM pada tahun 1960. Jelaslah bahawa daerah ini diberikan nama Kunak selepas tahun 1960.

       Daerah Kunak meliputi kawasan seluas 438 batu persegi iaitu 1134 km persegi, didiami lebih kurang 60,086 penduduk yang antaranya terdiri dari Bumiputera keturunan Bajau, Bugis, Suluk, Cocos dan kaum-kaum lain. Lebih 95% penduduk daerah Kunak adalah bumiputera beragama Islam. Daerah ini terdiri daripada dua mukim, iaitu Mukim Madai dan Mukim Pangi. Daerah ini terletak pada kedudukan global 4°41’0"N; 118° 15’0"E. Kawasan di bahagian timur Sabah ini telah timbul dari permukaan laut pada zaman Cretaceous (Zaman Batu Kapur - 140 juta hingga 65 juta tahun yang lalu) sedangkan Borneo pada keseluruhannya timbul hanya 15 juta tahun yang lalu. Oleh kerana itulah gumpalan-gumpalan batu kapur yang besar kebanyakannya terdapat di pantai timur Sabah. Satu daripada bentukan seumpamanya ialah Gua Madai di Daerah Kunak. Selain itu, Daerah Kunak merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar. Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar.

 

Maklumat PI1M & Komuniti Pekan Kunak

 

Lokasi

Pekan Kunak

UST Area

 

Daerah

Kunak

Negeri

Sabah Di Bawah Bayu

Populasi

3510

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian ( Kelapa Sawit )

Perikanan ( Hasil laut ) 

Penternakan ( Lembu & Kambing )

Perniagaan Kecil-kecilan

Jumlah Keahlian

(setakat 27/02/2017 )

2641

Lat/Long PI1M

N4.685176, E118.247237

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

23 Mei 2010

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Noor Adilah Binti Mohd Farid

Email: adilah@celcom1cbc.com

No Telefon: 60 0138703784

 

Penolong Pengurus

Nama: Sazlein Azlein Sani

Email: sazlein@celcom1cbc.com

No Telefon: 60 109342064

Website

http://www.celcom1cbc.com/pekan-kunak

Kampung Tanpa Wayar

1.     Super Wifi @ Pi1M Pekan Kunak ( 20m PI1M Tower ) – C2H_KNK_160

2.     Dewan Serbaguna  (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_177 , C2H_KNK_176

3.     Hospital (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_187 , C2H_KNK_186 , C2H_KNK_188

4.     Kampung Kunak 3 (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_169

5.     Kampung Bagiang (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_172

6.     Kampung Getah (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_184

7.     Kampung Jaya Baru (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_181

8.     Kampung Kunak Jaya (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_180

9.     Masjid (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_178

10.  Pejabat Daerah (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_185

11.  Sk Kg Selamat (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_173

12.  Sk Kunak 1 (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_168 , C2H_KNK_167

13.  Sk Kunak 2 (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_182 , C2H_KNK_183.

14.  Sk Kunak Jaya (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_170 , C2H_KNK_171

15.  SMK Kunak (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_161 , C2H_KNK_162 , C2H_KNK_163 ,

16.  SMK Kunak Jaya (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_164 , C2H_KNK_166  , C2H_KNK_167

17.  SUI Kunak (Pole 12 Meter) – C2H_KNK_177 , C2H_KNK_176

 

 

Tempat – tempat Menarik Di Pekan Kunak

Kunak, sebuah pekan kecil yang terletak di pantai timur Sabah telah dibuktikan oleh ahli-ahli arkeologi sebagai daerah tapak kegiatan manusia purba sejak 30,000 tahun sebelum masehi. Kunak merupakan salah satu tempat Pra-Sejarah iaitu Zaman Kewujudan Manusia Pertama di Tingkayu. Hal ini bukan sahaja baru, malahan perkara ini telah tercatit dalam sejarah Malaysia. Dalam suatu tulisan pada buku, South East Asia: From Prehistory to History oleh Glover & Bellwood (2004), telah dinyatakan tentang “sebuah industri peralatan Zaman Batu wujud di kawasan Tingkayu pada Zaman Pleistocene (Zaman Ais Batu)”.

Kunak merupakan salah satu tempat yang menarik di Negeri Sabah. Apa yang dimaksudkan ialah terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Antara yang diketahui ialah, Mud Pool (Kolam Lumpur) yang terdapat di Binuang. Selain itu, di Kunak juga terdapat Hot Spring (Kolam Air Panas) yang semulajadi dan sehingga ke hari ini, tempat tersebut sering menjadi kunjungan orang ramai untuk beriadah di waktu cuti. Dahulunya, tempat-tempat ini tidak diberi perhatian yang sepenuhnya, namun kini tempat-tempat ini dijadikan simbolik kepada Daerah Kunak.

Sewaktu perang dunia ke-2 dalam tahun 1940-an, Kunak juga tidak terlepas dari menjadi kubu pihak tentera Jepun dan kesan peninggalan tersebut juga masih boleh ditatap di beberapa kawasan tertentu seperti bangunan Klinik tentera Jepun, Bangkai enjin pesawat pihak bersekutu di muara sungai Sialeong dan kesan-kesan lain kebanyakkannya masih terdapat di dalam ladang-ladang kelapa sawit. Banyak peninggalan tentera Jepun yang masih tertanam utuh dan menjadi bahan kajian ahli arkeologi pada masa kini. Tempat yang dimaksudkan ialah Ladang Mostyn yang kini di bawah pengurusan Sime Darby.