Ekonomi dan Keusahawanan

Lokasi

Pekan Kunak

Kordinat Global

 4°41’0"N; 118° 15’0"E

Daerah

Kunak

Negeri

Sabah Di Bawah Bayu

Populasi

3510

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian ( Kelapa Sawit )

Perikanan ( Hasil laut ) 

Penternakan ( Lembu & Kambing )

Perniagaan Kecil-kecilan



Pertanian

Sektor pertanian merupakan aktiviti utama bagi Daerah Kunak. Kira-kira 80,000 hektar kawasan tanah di Daerah Kunak sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat lebih kurang 120 estet (100 ekar ke atas) di Daerah Kunak. Mengikut laporan dari Jabatan Pertanian, tanah seluas 72,272.75 hektar telah ditanam dengan kelapa sawitkokokelapa, dan lain-lain tanaman kontan. Antara syarikat-syarikat besar yang mempunyai estet di daerah ini adalah Golden Hope, IOI, Guthrie, Taiko dan Mycom. Kebanyakan syarikat besar ini berkecimpung dalam bidang penanaman kelapa sawit. Syarikat-syarikat ini memiliki lebih 70 peratus daripada tanaman kelapa sawit di Daerah Kunak


Koko

Penanaman koko secara komersial telah bermula sejak tahun 1960an. Bagaimanapun tanaman koko tidak lagi dianggap tanaman penting pada hari ini. Banyak estet telah menebang pokok koko untuk diganti dengan tanaman kelapa sawit. Sebab utama yang mendorong kepada pengurangan tanaman koko adalah dari segi penjagaan di mana tanaman koko memerlukan tenga buruh yang ramai yang menyebabkan kos pemeliharaan meningkat. Pada hari ini, keluasan tanaman koko di Daerah Kunak adalah lebih kurang 11455.06 hektar sahaja dan kebanyakan daripada ladang koko dipunyai oleh individu dan pekebun-pekebun kecil. Hasil koko dijual ke bandar Tawau di mana terdapat kilang memproses biji koko.


Perikanan

Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk Daerah Kunak. Aktiviti menangkap ikan boleh dikatakan telah menjadi satu tradisi bagi penduduk Bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai. Mereka ini menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual di pasar untuk kehidupan harian. Jumlah pengeluaran yang dilaporkan di pasar harian daerah ialah 438 tan metrik (rekod Jabatan Perikanan). Jumlah nelayan yang direkodkan Jabatan Perikanan di daerah ini ialah lebih kurang 1200 orang. Manakala nelayan sambilan adalah 350 orang, jumlah bot yang ada di daerah ini adalah 254 buah. Selain dari nelayan tempatan, daerah ini juga mempunyai 2 buah syarikat iaitu Thai Chia Marine dan Lucky Ocean yang beroperasi secara komersial dalam industri perikanan. Kedua-dua syarikat ini mengusahakan kilang baja ikan secara komersil. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran 9840 tan metrik setahun. Jumlah pengeluaran baja ikan pada Tahun 1997 dan 1998 adalah 4332 tan metrik. Kesemua baja ikan digunakan dalam negeri.Pengeluaran Hasil-Hasil Laut Daerah Kunak 1995 - 2000.


1.       Supermarket dan Kedai Runcit

-          Satu-satunya Supermarket terbesar di Kunak adalah Pasaraya Siong Ho . Selebihnya 245 adalah kedai runcit . Separuh dari kedai runcit di Kunak adalah Kedai Pemborong terbesar untuk dibekalkan ke kawasan Ladang-Ladang berdekatan.

 

2.       Restoran

-          Lebih 30 restoran ada di Daerah Kunak dan restoran yang terkenal di Kunak adalah seperti  Kentucky Fried Chicken dan Restoran Nasi Ayam  . Restoran yang memaparkan keunikan Kunak adalah Restoran Nasi Payau dan Gerai di Pasar Malam ( Ikan Bakar Segar dan Murah ).

 

3.       Pasar Harian

-          Pasar harian Kunak menjual Sayur , Buah-buahan dan bahan mentah lain terletak dikawasan yang sangat strategi. Dikelilingi dengan Kedai Borong , Gerai Pasar Malam , Tamu Minggu dan Pasar Gantung ( untuk jual pakaian ).

 

4.       Pasar Minggu

-          Salah satu keunikan Kunak adalah Pasar Minggu. Dimana seminggu sekali  iaitu hari Ahad , Pasar Minggu dibuka dengan besar seawal 4.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai jualan dan ragam pembeli serta penjual akan memeriahkan suasana.

 

5.       Penjaja

-          Banyak penjaja kecil dan besar di Kawasan Kunak. Awal pagi , ada yang menjaja makanan untuk sarapan pagi dan sebelah petang ada yang menjaja kudapan untuk petang. Tidak kurang juga yang menjaja Ikan dan Sayur yang segar.

 

USAHAWAN PI1M PEKAN KUNAK

1.      Nama Pengusaha :  SITI HANI RAMANO

Nama Perniagaan : Hani Lekor Crispy Lekor

Perincian Perniagaan : Keropok Lekor

Alamat Perniagaan :  Kg Jaya Baru, 91207 Kampong Kunak, Sabah, Malaysia

No telefon : 010-5819192 / 019-8087475

Facebook : https://www.facebook.com/Hani-Lekor-Crispy-Kunak

 

2.      Nama Pengusaha :  NURAINI ADRYSYAH

Nama Perniagaan : SANGGARA' BELANDA

Perincian Perniagaan : SANGGARA' BELANDA 

Alamat Perniagaan :  Kunak, Sabah, 91207 Kunak, Sabah, Malaysia

No telefon :  0148529228

Facebook : https://www.facebook.com/nuraini.adrysyah.3

 

3.      Nama Pengusaha :  PUAN MUNTIARA BINTI MOHAMMAD

Nama Perniagaan : Muntiara Lekor

Perincian Perniagaan : Keropok Lekor

Alamat Perniagaan :  Kunak, Sabah, 91207 Kunak, Sabah, Malaysia 

No Telefon : 019-5857544

Facebook : https://www.facebook.com/muntiara.mohammad

 

4.      Nama Pengusaha :  MOHD SUHAIRIN ABTAR

Nama Perniagaan : PERUSAHAAN MANAP BERSAUDARA

Perincian Perniagaan : MEE KERING PERISA SOTONG

Alamat Perniagaan :  Kunak, Sabah, 91207 Kunak, Sabah, Malaysia

No telefon : 0112-5268134

Facebook : https://www.facebook.com/benz.lagend

Website : http://syarikatperusahaanmanapbersaudara.blogspot.my/

 

5.      Nama Pengusaha :  MARAWIYA BINTI BACHO

Nama Perniagaan :  Al-Imityaz Bakery  

Perincian Perniagaan : BAKERY

Alamat Perniagaan :  Kunak, Sabah, 91207 Kunak, Sabah, Malaysia

No telefon : 010-7887320 @ 019-8895632

Facebook : https://www.facebook.com/hajahneni.baco

 

6.      Nama Pengusaha :  JUMAIDAH LABAHU

Nama Perniagaan : Kechapi Enterprise

Alamat Perniagaan :  No. 36, Kg. Cenderawasih, Off Jln Tawau,, Kunak, Sabah, 91207 Kunak, Sabah, Malaysia

Perincian Perniagaan : Kerepek

Website : http://kechapienterprise.blogspot.my/

Facebook : https://www.facebook.com/KechapiEnterprise/

 

 

 

7.      Nama Pengusaha :  DARNAWIAH HJ BACHO

Nama Perniagaan : Madam HD

Perincian Perniagaan : Pelbagai Kerepek

Alamat Perniagaan :  Kunak, Sabah, 91207 Kunak, Sabah, Malaysia

No telefon : 01133670577

Facebook : https://www.facebook.com/DharLink

 

8.      Nama Pengusaha :  SITI KHADIJAH AMBO MASE

Nama Perniagaan : Sugar Cool

Perincian Perniagaan : Pelbagai Kek

Alamat Perniagaan :  Kunak, Sabah, 91207 Kunak, Sabah, Malaysia

No telefon : 010-5894921

Facebook : https://www.facebook.com/sugar.cool

 

9.      Nama Pengusaha :  MARLINA BINTI YUSOF

Nama Perniagaan : enna.yusof

Perincian Perniagaan : Membekal Sagu dan Soya

Alamat Perniagaan :  Kunak, Sabah, 91207 Kunak, Sabah, Malaysia

No telefon : 019-8081079

Facebook : https://www.facebook.com/enna.yussof

 

10.  Nama Pengusaha :  JULI ODDING

Nama Perniagaan : Bakery

Perincian Perniagaan : Membuat Kek

Alamat Perniagaan :  Kunak, Sabah, 91207 Kunak, Sabah, Malaysia

No telefon : 012-8190850

Facebook : : https://www.facebook.com/juli.odding

 

11.  Nama Pengusaha :  NORATIKAH SHAHRUDIN

Nama Perniagaan : Noratikah Enterprise

Perincian Perniagaan : Pelbagai produk dan barangan kecantikkan

Alamat Perniagaan :  Kunak, Sabah, 91207 Kunak, Sabah, Malaysia

No telefon : 018 - 9078277

Facebook : https://www.facebook.com/May.Sue

 

12.  Nama Pengusaha :  Encik Muhammad Fiqri bin Abbas

Nama Perniagaan : Fiqri Enterprise

Perincian Perniagaan : Menjual Air

Alamat Perniagaan :  Kunak, Sabah, 91207 Kunak, Sabah, Malaysia

No telefon : 010-3654892

Facebook : https://www.facebook.com/Muhammad.Fiqri

 

 

 

 


 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.