Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain
PENGENALAN
Pusat Inernet 1Malaysia (PI1M) atau Community Broadband Centre (CBC ) merupakan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) , CELCOM dan NUSUARA Technologies Sdn. Bhd. Inisiatif daripada pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan projek PI1M, iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat. PI1M ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan kata lain PI1M memudahkan penduduk mendapatkan kemudahan komputer dan internet. Malahan PI1M turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dengan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara online .
 
PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PEKAN KUNAK
PI1M Pekan kunak mulai dibuka kepada orang ramai pada 23.05.2010 (Ahad) bersamaan dengan 11 Jamadilakhir 1431bertempat di : -
Pusat Internet 1 Malaysia  Pekan Kunak,
Unit 3, bangunan SEDCO,
91207, Kunak.
 Dengan kelajuan di antara 3Mbps hingga 8Mbps, PJK ini menyediakan broadband terpantas di daerah Kunak. Sekiranya menjadi ahli PI1M Pekan Kunak bayaran RM5.00 sahaja, malahan penyertaan dalam kelas IT selepas menjadi ahli di PI1M Pekan Kunak  adalah percuma.
 
Kelengkapan
Dilengkapi dengan 20 buah desktop komputer 19” LCD monitor, alat pencetak, alat pengimbas, alat laminating ,projector LCD, kemudahan Wi-Fi dan ruang menunggu yang selesa kerana disediakan sofa serta TV Plasma LCD 42”.
 
Perkhidmatan Online
1.      Internet : -
·                  E-Kerajaan
·                  E-Pembelajaran
·                  E-Dagang
·                  Pusat Komunikasi Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat
·                  Pusat Peperiksaan dan Persijilan
·                  Pusat Pembangunan Aplikasi Berdasarkan Perkongsian Perisian
 
Perkhidmatan Lain
2.      Wi-Fi
3.      Scanning
4.      Printing
5.      Photocopy
6.      Laminating
7.      Menaip
8.      Pra-bayar CELCOM
9.      Kelas Komputer
 
Kelas Pembelajaran IT & Komputer
1.      Kelas Asas Microsoft Words / Excel / Power Point
2.      Kelas perbankan online
3.      Kelas menaip dan melukis untuk kanak-kanak
 
Masa beroperasi
8.00 am – 5.00 pm
ISNIN hingga AHAD
( kecuali cuti umum )
 
Sasaran Pengguna
   Penduduk Pekan Kunak & sekitarnya yang terdiri daripada golongan berikut:
1.      Pelajar pra sekolah
2.      Pelajar sekolah rendah
3.      Pelajar sekolah menengah
4.      Pelajar IPT ( insitusi pendidikan tinggi )
5.      Dewasa :-
·         Kakitangan swasta
·         Kakitangan kerajaan
·         Ketua kampung
·         JKKK
·         Guru - guru
·         Suri rumah
·         Peniaga
·         Petani
·         Dan lain - lain
6.      OKU (orang kurang upaya)
 
Hubungi
Pengurus : Farah Liyana ( 010 – 9318382 )
                : farah_liyana@celcom1cbc.com
Penolong Pengurus : Yusuf  ( 0138006958 )
          : yusuf@celcom1cbc.com
Hadapi Masalah? Rujuk Panduan