Berita & Aktiviti Terkini

Esplanade Sidek Kudat.

14 October 2017 | Info Teknikal

14 OKTOVER 2017 - SABTU, PI1M Kluster Kudat mewakili Kluster Kudat dalam perlawanan Street Soccer sempena Hari Sukan Negara tahun 2017 Peringkat Kudat. Aktiviti sukan ini memupuk semangat bersukan antara staff PI1M dan secara tidak langsung dapat bersama-sama menyokong kempen hidup sihat. ... read more

Mesyuarat Cluster Kudat - Oktober 2017

08 October 2017 | Info Teknikal

03 OKTOBER 2017 - SELASA, PI1M Kudat, PI1M PPR Taman Ehsan, dan PI1M Matunggong telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai program-program yang bakal dijalankan sepanjang bulan Oktober ini. Mesyuarat dihadiri oleh Pengurus setiap PI1M dan Penolong Pengurus PI1M kawasan Kudat. Perbincangan berjalan selama 3 jam bermula jam 6.00 petang hingga 9.00 malam.  ... read more

Kuiz ICT SK Tun Mustapha

02 October 2017 | Info Teknikal

02 OKTOBER 2017 - ISNIN, Pi1m Kluster Kudat iaitu Pi1M PPR Taman Ehsan, PI1M Matunggong dan PI1M Kudat telah menjalankan program bersama komuniti yang merangkumi pelajar-pelajar UPSR S.K Tun Mustapha Kudat. Seramai 125 orang pelajar termasuk guru penasihat ICT sekolah tersebut turut meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan tentang penggunaan internet secara berhemah agar pelajar-pelajar lebih berhati-hati menggunakan internet pada masa akan datang. Program ini dijalankan selama 2 jam termasuk sesi menjawab kuiz bermula dari jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Program... read more

Program Bersama Pelajar UPSR (2017 )SK TUn Mustapha

02 October 2017 | Info Teknikal

02 OKTOBER 2017 - ISNIN, Pi1m Kluster Kudat iaitu Pi1M PPR Taman Ehsan, PI1M Matunggong dan PI1M Kudat telah menjalankan program bersama komuniti yang merangkumi pelajar-pelajar UPSR S.K Tun Mustapha Kudat. Seramai 125 orang pelajar termasuk guru penasihat ICT sekolah tersebut turut meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan tentang penggunaan internet secara berhemah agar pelajar-pelajar lebih berhati-hati menggunakan internet pada masa akan datang. Program ini dijalankan selama 2 jam termasuk sesi menjawab kuiz bermula dari jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Program... read more

Perasmian Pusingan Kelayakan Sukan Berpasukan Peringkat Zon Sukan Sabah (SAGA) VIII SANDAKAN 2017

28 September 2017 | Info Teknikal

28 SEPTEMBER 2017 - KHAMIS, Pi1M Pekan Matunggong menerima jemputan untuk sama-sama memeriahkan Perasmian Pusingan Kelayakan Sukan Berpasukan Peringkat Zon Sukan Sabah (SAGA) Kudat 2017. Saringan ini adalah pusingan kelayakan bagi mewakili zon Pantai Barat Utara untuk menyertai Sukan Sabah yang diadakan di Sandakan dalam masa terdekat ini. ... read more

Usahawan Tempatan Pekan Matunggong

27 September 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Carroline merupakan seorang usahawan tempatan yang memiliki sebuah kedai yang terletak di Pekan Matunggong. 7C Venture yang dimiliki oleh beliau telah beroperasi sejak tahun 2016. Beliau menjual produk kosmatik, perkhidmatan sewa baju pengantin dan juga perkhidmatan menjahit. Sebelum membuka 7C Venture beliau telah berkecimpung di dalam bidang perniagaan selama tiga tahun dan operasi perniagaan tersebut dilakukan secara online menerusi aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Wechat dan Whatsapp. Setelah mempunyai kedai, perniagaan online beliau masih aktif malah semakin berkembang.  ... read more

Mesyuarat International Coastal Cleanup Day (ICCD)

13 September 2017 | Berita Terkini

Pada 13 september 2017, pejabat daerah kecil Matunggong telah menjemput Pusat Internet 1Malaysia Matunggong untuk menghadiri mesyuarat International Coastal Cleanup Day (ICCD) yang bakal diadakan pada 17th September 2017. Program tersebut bakal diadakan di semua tempat yg berlainan sekitar kudat. Program tersebut adalah kerjasama dengan Kudat Turtle Conservation Society. Banyak agensi-agensi kerajaan yang terlibat untuk menjayakan program tersebut. ... read more

Mesyuarat Festival Gong 2017

13 September 2017 | Berita Terkini

Pada 13 september 2017, pejabat daerah kecil Matunggong telah menjemput Pusat Internet 1Malaysia Matunggong untuk menghadiri mesyuarat Festival Gong yang bakal diadakan pada 27 oktober 2017 hingga 2 oktober 2017. Festival tersebut bakal diadakan di 3 tempat yg berlainan sekitar matunggong. Festival tersebut adalah termasuk dalam kalendar tahunan pelancongan sabah. Festival tersebut bakal mempamerkan barangan kraftangan tradisional terutama sekali “Gong” dan juga barangan-barangan lain hasil tangan daripada usahawan-usahawan tempatan sekitar matunggong dan juga luar matunggong. Banyak agensi-agensi kerajaan yang terlibat untuk menjayakan festival tersebut. Mesyuarat seterusnya akan dibuat pada 27 september 2017. ... read more

lagi berita & aktiviti