Ekonomi dan Keusahawanan

Penduduk daerah ini sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti mereka melalui bidang pertanian ,penternakan, nelayan, perniagaan mahupun perkhidmatan sebagai penjawat awam dan swasta


Kedudukan yang berhampiran laut membolehkan aktiviti nelayan dijalankan. Dari segi bidang pertanian, tanaman padi, sagu, kepala sawit, getah, kebun buah dan sayur juga diusahakanHasil laut dan pertanian ini akan dikumpulkan dipasar tani membolehkan aktiviti urus niaga berlaku.


Pembinaan pasar tani, bangunan pemprosesan kuih, Anjung selera dan tapak tamu merupakan prasarana yang telah disediakan bagi memberi peluang kepada masyarakat melibatkan diri dalam bidang perniagaan seterusnya menjana pendapatan ekonomi.   

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.