Maklumat Tempatan

Asal usul nama Pekan Membakut
MEMBAKUT 'berasal dari perkatan 'BAKUT' yang membawa maksud 'KOTA'.'MEM' adalah kata perbualan apabila digabungkan 'MEMBAKUT' bermaksud 'MEMBUAT KOTA'.
Membakut asalnya nama sebuah kampung yang diduduki oleh suku kaum Brunei yang terletak ditebing sungai kira-kira 5km dari pantai (laut), kini kampung tersebut dinamakan Kg. Brunei. Membakut dijadikan nama Pekan untuk mengantikan nama asalnya 'BUA'. Idea ini adalah hasil daripada Ketua Masyarakat iaitu Allahyarham OKK Hj. Saman Bin Md. Yaakub.
Daerah Kecil Membakut pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898. Pekan ini pada masa dahulu tertakluk dibawah Pentadbiran Kerajaan British North Borneo.
Profile Daerah |
|
Negeri |
Sabah |
Daerah |
Membakut |
Keluasan |
132.8 km (83 batu persegi) |
Bentuk muka bumi |
Mempunyai ketinggian 20 kaki dari paras laut. 80% adalah tanah rata
dan 20% adalah tanah berbukit. |
Suku kaum penduduk |
Brunei, dusun, kadazan, cina, paitan, bugis dan lain-lain. |
Parlimen |
P.176 Kimanis |
ADUN |
N.24 Membakut |