Ekonomi dan Keusahawanan

Kegiatan ekonomi merupakan tunjang utama kepada sumber pendapatan penduduk di kawasan Sindumin yang melakukan pelbagai kegiatan ekonomi untuk sara diri dan keluarga. Kegiatan ekonomi di kampung sindumin ini adalah terdiri daripada kegiatan perniagaan, perladangan & perkebunan, sektor awam, dan pelbagai lagi yang mampu menjadi sumber pendapatan penduduk.


Kegiatan pertanian yang merangkumi perkebunan dan Kegiatan Penternakan ini menjadi salah satu kegiatan ekonomi utama di kawasan ini. Perkara ini adalah kerana, penduduk di kawasan ini kebanyakkannya mengusahakan tanah persendirian dengan kegiatan pertanian yang mampu menyumbang kepada hasil perkebunan yang sangat  menguntungkan seperti hasil jualan buah-buahan seperti durian, langsat, rambutan dan pelbagai buah tempatan lain yang cukup sinonim dengan kawasan ini. Kawasan Pekan Sindumin ini merupakan kawasan yang akan menjadi tumpuan peminat dan peniaga buah-buahan tempatan dari pelbagai pelusuk tempat ketika musim buah untuk mendapatkan buah-buahan tempatan yang segar dan murah daripada penduduk kampung di kawasan ini. Penduduk kawasan ini juga menjalankan aktiviti penternakan seperti menternak ayam kampung dan itik untuk mendapatkan hasil telur ternakan yang seterusnya dijual atau untuk kegunaan sendiri.

Disamping itu, penduduk di kawasan ini juga giat menjalankan kegiatan perniagaan seperti  perniagaan kedai runcit, kedai makan, tukang jahit dan perniagaan di pasar tani atau lebih dikenali sebagai TAMU untuk memasarkan hasil pertanian & penternakan mereka.  Pekan Sindumin ini juga sangat terkenal dengan pasar tani atau TAMU yang hanya beroperasi pada hari sabtu seawal pukul 4.30 pagi sehingga pukul 9.00 pagi. Antara hasil pertanian dan penternakan yang diperdagangkan adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan tempatan, hasil tangkapan nelayan dan pelbagai barang keperluan lain yang diniagakan. Pasar Tani atau TAMU ini terkenal kerana hasil jualan yang pelbagai dan sesetengah barang yang diperdangkan adalah sesuatu yang sukar untuk diperolehi atau jarang diniagakan di pasar tani lain.


Selain itu, terdapat juga sebilangan penduduk kawasan Sindumin ini bekerja di Sektor Awam sebagai penjawat awam kerajaan seperti guru, jururawat, pegawai kerajaan dan sebagainya lagi.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.