Pelancongan & Rekreasi

EKSPLANAD SIPITANG

Merupakan salah satu mercu tanda bagi daerah Sipitang. Esplanad Sipitang adalah salah satu tarikan di Sipitang, Sabah. Ia adalah kawasan terbuka yang indah yang terletak bersebelahan dengan laut. Esplanade dilengkapi dengan banyak kemudahan seperti kedai makanan, tandas awam, bangku dan taman permainan kanak-kanak. Esplanad juga terkenal dengan gerai-gerai sate yang menjadi tumpuan masyarakat.

 

TAMU SINDUMIN

Menariknya dengan Tamu Sindumin yang diadakan setiap hari Sabtu seawal jam 5.30 pagi. Kebanyakan peniaga yang berniaga di Tamu Sindumin adalah penduduk tempatan itu sendiri dengan hasil jualan makanan-makan tradisional dan kampong yang jarang didapati di bandar.


TASEK NAGA

Tasek Naga juga adalah salah satu tempat yang menarik yang boleh dilawati di Sipitang. Di Tasek Naga ini juga selalu diadakan pertandingan memancing yang turut disertai oleh ramai orang luar seluruh Sabah termasuklah negara Brunei Darussalam.


TAMAN NEGARA SIPITANG

Keindahan semula jadi tepi pantai yang indah telah menarik ramai orang untuk mengadakan aktiviti rekreasi bersama keluarga terutamanya pada hujung minggu. Ada juga diantara mereka yang mrngadakan hari keluarga, sukaneka dan lain-lain untuk mengisi masa lapang bersama keluarga.


KOMPLEKS SUKAN SIPITANG

Kompleks Sukan sipitang juga adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan orang ramai jika berlangsunya aktiviti-aktiviti sukan , carnival dan lain-lain dengan beberapa kemudahan yang telah disediakan.


JETI NELAYAN PEKAN SIPITANG

Jeti Nelayan pekan sipitang merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan umum di daerah sipitang. Jeti ini dibuat adalah bertujuan untuk pendaratan ikan daripada bot-bot kecil nelayan di sekitar pekan sipitang. Lokasi jeti ini adalah berada di belakang pasar awam pekan sipitang dan berada di pesisir pantai pekan sipitang. Jeti ini menjadi tumpuan umum sebagai tempat melihat matahari terbenam, bersantai bersama keluarga dan mengambil gambar selain menjadi lokasi aktiviti memancing oleh penduduk setempat.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.