Pendidikan

Terdapat beberapa buah sekolah yang ada di kawasan Pekan Sindumin iaitu:

 

 

TABIKA KEMAS SINDUMIN

 

Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.

Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur. Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.

TABIKA KEMAS SINDUMIN

89850 SIPITANG

SABAH.



 

PRASEKOLAH SINDUMIN

 

          Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10.

 

PRASEKOLAH PEKAN SINDUMIN

PETI SURAT 53

89857, SIPITANG

SABAH

TELEFON : 6087811175

FAX         : 6087811175

 

 

SK SINDUMIN

 

SEKOLAH KEBANGSAAN SINDUMIN

PETI SURAT 53

89857, SIPITANG

SABAH.

TELEFON : 6087811175

FAX          : 6087811175

 

 

SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) SINDUMIN

 

 

SEKOLAH AGAMA NEGERI PEKAN SINDUMIN

89850 SIPITANG,

SABAH

 

 

SJKC SIN BOON SINDUMIN

 

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Boon Sindumin atau nama ringkasnya SJK(C) Sin Boon Sindumin, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Berdepan Dengan Padang Pekan Sindumin.

 

SJKC SIN BOON SINDUMIN

PETI SURAT 67

89857 SIPITANG,

SABAH.

TELEFON : 087-811164



 

SMK SINDUMIN


SMK.SINDUMIN

89850 SIPITANG,

SABAH.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.