Berita & Aktiviti Terkini

Gotong-royong bersama ahli PI Pekan Tongod

27 September 2019 | Berita Terkini

27hb September 2019 (Ahad) : PI Pekan Tongod telah melaksanakan aktiviti Gotong-royong bersama dengan ahli-ahli PI.  Aktiviti ini bertujuan untuk membersih serta menceriakan kawasan persekitaran luar dan dalam PI Pekan Tongod. Sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan, kakitangan PI Pekan telah membahagikan tugas pembersihan kepada setiap kumpulan bagi memudahkan kerja gotong-royong. Semua yang hadir bekerjasama melakukan kerja seperti menyapu lantai, membersihkan longkang, memungut sampah, mencabut rumput, mengelap cermin serta membersihkan lantai dan membakar daun-daun kering. Aktiviti gotong-royong ini sangat bermanfaat kepada komuniti dan juga PI kerana ianya bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, malah... read more

Program Tayangan Video Tokoh-tokoh Sejarah Malaysia

26 September 2019 | Berita Terkini

12hb September 2019 (Selasa) : Pusat Internet Pekan Tongod telah mengadakan Program Tayangan Video Tokoh-tokoh Sejarah Malaysia. Program ini adalah bagi bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai tokoh-tokoh sejarah serta memberi kesedaran kepada para peserta khususnya murid-murid mengenai erti kemerdekaan disamping mengetahui rentetan peristiwa sebelum merdeka. Sebelum memberi tontonan video mengenai tokoh-tokoh sejarah, terlebih dahulu kakitangan PI Pekan Tongod telah memberikan ceramag Avokasi Klik Dengan Bijak. Semasa program ini dijalankan sesi soal jawab telah diadakan berdasaran video yang mereka tonton. Antara tokoh sejarah yang menjadi pilihan adalah Tunku Abdul Rahman, Mat Salleh,... read more

Pertandingan Kuiz Sempena Hari Malaysia

17 September 2019 | Berita Terkini

17 September 2019 (Selasa) : Pusat Internet Pekan Tongod telah mengadakan Pertandingan Kuiz Sempena Hari Merdeka bersama ahli dari kalangan pelajar SMK dan SK Tongod. Pertandingan kuiz ini diadakan adalah bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan disamping menekankan semangat patriotisme yang memberi banyak pengertian  dikalangan para pelajar. Sebelum memulakan pertandingan terlebih dahulu para pelajar telah diberikan ceramah Advokasi Klik Dengan Bijak. Seramai seramai 15orang pelajar telah menyertai pertandingan ini yang iaitu terdiri daripada  kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Dengan adanya pertandingan seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuan mengenai... read more

lagi berita & aktiviti