Berita Terkini

Q4 2017: CELIK IT | ANAN JUBIN

21 December 2017 | Kisah Kejayaan

Anan Jubin merupakan pelajar tingkatan Tiga yang menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)  di SMK Tongod pada tahun 2017 yang juga merupakan salah seorang pelajar Asrama SMK Tongod. Pada bulan Februari 2017, beliau telah mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tongod dan berminat untuk mengikuti kelas komputer yang dianjurkan di Pi1M selain aktif menyertai pelbagai aktiviti bulanan yang dijalankan di PI1M Pekan Tongod. Setiap hari pada waktu petang, Anan akan datang ke PI1M untuk mencari bahan-bahan rujukan dalam mengulangkaji pelajarannya, selain daripada itu beliau juga menyiapkan kerja-kerja kursus  di Pi1M dengan menggunakan... read more

Q4 2017 : Usahawan Sayur-sayuran dan buah-buahan | Puan Zubany Anne Agmond

21 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Zubany Anne merupakan seorang suri rumah juga pemilik gerai sayur-sayuran, ikan basah dan buah-buahan yang bertempat di Dataran Terbuka Pekan Tongod. Beliau telah memulakan perniagaannya sejak tahun 2013 lagi, Beliau juga merupakan seorang ahli yang berdaftar di PI1M Pekan Tongod  dan aktif mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PI1M seperti Bengkel Pembuatan sabun dan Bengkel Pembuatan makanan berasaskan ikan. Sejak mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh PI1M Pekan Tongod, puan Zubany jg telah mula menghasilkan sabun untuk djual dgerai beliau selain sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan. ... read more

Q4 2017 : Usahawan Sabun | Puan Veronica James

21 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Veronica Merupakan peniaga sabun secara kecil-kecilan disekitar Pekan Tongod. Mula mempelajar kemahiran sabun dari mengikut Bengkel Pembuatan Sabun yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pekan Tongod. Telah menghasilkan pelbagai jenis sabun seperti sabun Kolagen, sabun Vitamin C, sabun pencuci piring dan syampu. Puan Veronica juga telah mengadakan kelas latihan pembuatan sabun untuk jiran-jiran dan sahabat handai beliau.  ... read more

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA AHLI PI1M PEKAN TONGOD

14 December 2017 | Berita Terkini

Pada 14 Disember 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Tongod telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Pi1M. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan luaran dan dalaman Pi1M. Gotong-royong ini dimulakan tepat pada pukul 2.00 petang dan disertai oleh ahli-ahli Pi1M Pekan Tongod. Sebelum memulakan aktiviti gotong-royong, penerangan diberikan oleh kakitangan Pi1M tentang langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti gotong-royong. Semua yang terlibat dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang ahli Pi1M. Setiap kumpulan diberikan tugas berbeza. Antaranya termasuklah menyapu lantai, membersihkan longkang, memungut sampah, mencabut rumput, mengelap cermin, membersihkan daun-daun... read more

BENGKEL PENGHASILAN MAKANAN BERASASKAN IKAN

02 December 2017 | Berita Terkini

PEKAN TONGOD, 2 Disember 2017. – Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tongod telah menganjurkan bengkel penghasilan produk makanan berasaskan ikan yang bertempat di Pi1M Pekan Tongod. Bengkel dengan kerjasama Rukun Tetangga Jiran Wanita Beluran ini bertujuan memperkenalkan produk makanan berasaskan ikan yang berpotensi untuk dikomersialkan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa serta menjana pendapatan kepada bakal pengusaha. Program tersebut lebih berkonsepkan latihan amali dengan peserta diberi latihan selama sehari di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tongod. Seramai 26 peserta wanita terdiri daripada penduduk kampung di sekitar kawasan Pekan Tongod telah menyertai program itu. Objektif utama bengkel... read more

Hari Terbuka PI1M Pekan Tongod 2017

25 November 2017 |

30hb November 2017 bersamaan hari Khamis, PI1M Pekan Tongod telah mengadakan Program Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia yang merupakan mini karnival tahunan yang diadakan setahun sekali untuk menghargai  sokongan komuniti kepada PI1M Pekan Tongod. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran komuniti sekitar Pekan Tongod Ahli-ahli Jawatankuasa Kampung.             Program Hari Terbuka PI1M ini bermula jam 9.00am, didahului dengan pendaftaran para peserta untuk pertandingan-pertandingan yang diadakan dan berakhir pada jam 2.00pm. Pelbagai acara pertandingan yang dijalankan antaranya pertandingan congkak bagi kategori Surirumah dan kanak-kanak, pertandingan Sahiba kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah serta... read more

Bengkel Pembuatan Sabun Herba

11 November 2017 |

PI1M PEKAN TONGOD 11HB NOVEMBER 2017 LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2017 PROGRAM BENGKEL PEMBUATAN SABUN HERBA   Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tongod telah mengadakan sebuah program bengkel Pembuatan Sabun Herba. Objektif utama program ini adalah merupakan usaha dalam mewujudkan komuniti yang kreatif dan berdaya saing dalam menambah kemahiran disamping mencari ruang untuk memulakan/mengembangkan perniagaan secara kecil-kecilan. Dalam program ini pihak PI1M menganjurkan kelas keusahawanan dengan memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai idea perniagaan, kaedah pemasaran dan cara mempromosi produk, disebelah pagi sebelum bermulanya bengkel pembuatan sabun. Setelah kelas keusahawanan selesai, para peserta memulakan bengkel dengan menghasilkan tiga jenis... read more

Q3: Celik IT | Jamnie James

22 September 2016 | Kisah Kejayaan

       Adik Jamnie James yang merupakan pelajar SMK Tongod yang berumur 15 tahun dan merupakan anak yang kedua daripada empat orang adik-beradik. Beliau merupakan salah seorang calon pelar SMK Tongod yang mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan Penilaian tahap 3 (PT3) pada tahun 2015 dengan mendapat keputusan 5A 2B dan 1C. Di Sekolah, Jamnie juga merupakan ahli pengakap yang aktif sering kali mewakili sekolah ke peringkat Daerah dan Bahagian.        Adik Jamnie adalah salah seorang yang terawal menjadi ahli Pusat Internet Pekan Tongod yang pada masa ketika... read more

Q2: Celik IT | Lim Choi Ling

25 May 2016 | Kisah Kejayaan

Walaupun bersekolah di SK Penangah yang merupakan kawasan luar bandar yang tidak lengkap dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur, namun keadaan ini tidak menghalang adik Lim Choi Ling untuk menambah dan meluaskan pengetahuannya dalam pembelajaran, seterusnya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan kini telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Geografi.           Menurut adik Lim Choi Ling, petua kejayaan beliau adalah mengulangkaji pelajaran secara konsisten, meminta nasihat guru dan membuat latih tubi secara “online”. Jelasnya, dia sering mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan dan meminta nasihat guru jika ada yang tidak... read more

Q2: Celik IT | JANEYFEER ANDREW

25 May 2017 | Kisah Kejayaan

      Janeyfeer Andrew merupakan pelajar lepasan SPM di SMK Tongod pada tahun 2016 dan kini masih menunggu peluang untuk menyambung pelajaran beliau. Pada 3 Mac 2017, beliau telah mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tongod dan berminat untuk mengikuti kelas komputer yang dianjurkan di Pi1M. Adik Janeyfeer mula mengikuti kelas dan begitu tekun mempelajari modul yang disediakan sehingga berjaya menguasai kemahiran dalam Microsoft Word, Power Point, Excel dan Windows 8.        Dengan adanya perkhidmatan yang ditawarkan di Pi1M, adik Janeyfeer yang dahulunya tidak tahu menggunakan perisian ICT... read more