Q3 2017 : CELIK IT | RACHEIL JAMES

29 September 2017 | Kisah Kejayaan

Racheil James merupakan seorang pelajar lepasan STPM di SMK Penangah yang merupakan penduduk asal Kg. Tongod yang juga merupakan ahli PI1M Pekan tongod yang berdaftar sejak beliau bersekolah rendah di SK Pekan Tongod pada tahun 2010. Sebelum melibatkan diri dengan Kelas ICT Pi1M, Cik Racheil mempunyai kemahiran asas tentang ICT yang terhad kepada apa yang dipelajari di sekolah sahaja. Dengan kemudahan prasarana terkini seperti komputer dan internet berkelajuan tinggi yang disediakan di Pi1M, setiap waktu cuti persekolahan Cik Racheil akan berkunjung ke PI1M untuk mencari bahan-bahan rujukan bagi setiap kerja kursus mahupun kerja-kerja sekolah beliau serta menyiapkan kerja sekolah beliau. 

Cik Racheil juga telah mengikuti pelbagai kelas ICT yang ditawarkan oleh pihak pengurusan Pi1M seperti Kelas Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel), Basic ICT (Internet, Facebook dan Email),Latihan Keusahawanan dan juga taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). Cik Racheil juga telah mengikuti Kursus Latihan USM yang dianjurkan oleh pihak PI1M dan telah lulus. Diharap Cik Racheil akan terus dapat mengaplikasikan kemahiran ICT yang sudah dipelajari.